Kerana janji palsu – YouTuber dibunuh
Makasar: Ari Pratama maut dibunuh seorang wanita yg kecewa kerana sakit hati akibat dipermainkan lelaki berkenaan.
Suspek mengaku membunuh mangsa yang berusia 20 tahun itu selepas mangsa akhirnya mengaku tidak serius menjalin hubungan dengan suspek
Media tempatan melaporkan pembunuhan tragis itu berlaku di Wisma Topaz di Panakukang pada Jumaat.
Ketua Perhubungan Awam Polis Panakkukang, Ahmad Halim berkata, “kedua-duanya dipercayai berkenalan menerusi Instagram sebelum bertemu beberapa kali.”
“Setiap kali bertemu mereka mengadakan hubungan intim” tambah nya lagi.
“Suspek yang bengang mendengar pengakuan mangsa yang mengaku tidak serius menjalin hubungan dengan suspek dan ingin memutuskan hubungan yg di jalin selama 7 bulan.”
“Akhir nya suspek merancang satu pertemuan dengan mangsa di wisma terbabit dengan niat membunuh mangsa menggunakan pisau dapur yang dibawa dari rumahnya.
“Ketika mangsa leka, suspek menikam dada mangsa berulang kali bagi melepaskan kemarahannya,” katanya.
Dalam pada itu, satu laporan mendakwa selepas ditikam, mangsa sempat pergi ke tingkat bawah untuk meminta bantuan kakitangan di kaunter hadapan.
Kecam & Ugut Bunuh Encik Sajat – Alicia Amin Tampil Membantah
You must be logged in to post a comment.