Peminat LTdL 2023 ‘pakat’ kutip botol air Tudor [VIDEO]

Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang berlangsung ketika ini menjadi ‘rezeki’ kepada peminat sukan tersebut apabila masing-masing mengambil kesempatan mengutip botol air diberikan pelumba kepada mereka yang menunggu di tepi jalan.

Tinjauan di media sosial TikTok mendapati, pengguna memuat naik pelbagai video menerima botol air tersebut dan paling banyak dikongsikan adalah daripada pasukan Tudor Pro Cycling.

Berdasarkan video-video tersebut, pelumba-pelumba memberikan botol air dengan membalingnya kepada orang ramai yang menunggu sebagai hadiah kenangan kepada mereka.



Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Noor Halida mengambil kesempatan menunggu pelumba-pelumba LTdL yang melalui jalan utama dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu bersama empat anaknya.

“Memori untuk anak-anak, dapat botol air,” katanya berkongsi video tersebut.

Faizul.Y pula turut berkongsi kenangan sama apabila menerima botol air daripada pasukan Tudor sewaktu mereka melalui Kuala Terengganu.

Seorang bapa, Shari Seth juga memuat naik video gelagat anaknya terkejut menerima botol air daripada pelumba LTdL yang melalui kawasan rumahnya di Gunung Reng, Jeli di Kelantan.



“Terima kasih kepada yang memberi, happy anak bongsu,” katanya memuat naik gambar anak lelakinya memegang botol berwarna biru.

Berbeza dengan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai This Is Uncle Nasir, dia memaklumkan bukan hanya botol air, bahkan turut menerima baju-T daripada pelumba tersebut.

“Ambe dapat juga satu botol air dengan baju,” katanya membalas komen salah seorang pengguna

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker