DIANA DANIELLE NAIK ANGIN KENA KELENTONG.
“Saya tidak kisah siapa pun nak beli atau nak cancel sebab itu bukan sumber pendapatan saya… saya nak letgo barang yang penuh kat rumah ni. Lebih berhemah jika anda nak cancel tu terus cakap, tak perlu segan silu, kami okey sahaja. Orang tu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang!
Menerusi laman Instagram, Diana, 30, berkata, tindakan pembeli itu hanya menyusahkan pihak penghantaran (runner) yang terpaksa mencari dan menunggu lama bagi menyerahkan barang tersebut.
“Awak sangat biadab… awak ni tiada hati dan perasaan kat runner tu ke? Saya kasihan kat runner kita je. Tak perlulah pedajal orang yang hanya nak jalankan tugas dia.
“Tolong jadi pembeli yang bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi pada orang yang nak COD (cash on delivery). Cakap beriya, dah sampai batang hidung pun dia sorok dalam gua,” luah Diana.
Gelaran Datuk Farid Kamil Ditarik Balik, Netizen Simpati Dengan Diana Danielle
You must be logged in to post a comment.