Gemuk punca Amber Heard disingkirkan daripada Aquaman 2

LOS ANGELES – Pelakon popular Hollywood, Amber Heard didakwa digugurkan dari penggambaran filem sekuel komik DC, Aquaman 2 kerana gagal melepasi ujian kecergasan seperti yang ditetapkan pihak produksi.

Heard, 34, yang melakonkan watak Puteri Mera dalam Aquaman pada 2018 dikatakan bakal diganti oleh pelakon Games Of Throne, Emilia Clarke.

Pelakon Games of Throne, Emilia Clarke dilaporkan bakal menggantikan tempat Amber Heard dalam Aquaman 2. – Getty Images
Sumber memberitahu portal hiburan Australia, Sausage Roll bahawa keadaan fizikal Amber yang berada di tahap kurang memuaskan dan berat badan bertambah menjadi punca utama dia disingkirkan.



“Dia telah melanggar satu klausa kontrak bagi watak Mera yang menuntut pelakon berada dalam keadaan cergas dan berstamina kerana perlu melakukan banyak aksi lagak ngeri,” kata sumber itu.

Pada November tahun lalu, peminat bekas suami Heard iaitu Johny Depp membuat petisyen agar aktres ini digugurkan daripada karakternya dalam Aquaman 2 namun menurut Heard pada ketika itu, ia tidak mengubah apa-apa dan dia teruja untuk memulakan penggambaran yang sepatutnya bermula pertengahan tahun ini.

Petisyen menyingkirkan Heard daripada Aquaman 2 dilaporkan sudah berjaya mengumpul tandatangan sebanyak  2 juta orang. – Agensi



5 Kisah Ketagihan Seks Selebriti Wanita Hollywood Yang Sukar Untuk Dipercayai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker