Mayat mangsa terakhir kes lemas ditemukan

KUANTAN: Mangsa ketiga kes lemas di Pantai Sungai Ular dekat Cherating di sini, Mohd. Fazrul Hakimi Ariffin, 11 tahun ditemukan selepas kira-kira 19 jam usaha mengesannya.

Mayat mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.47 tengah hari ini.

Mayat ditemukan sekitar 500 meter dari tempat kejadian oleh pasukan penyelamat di pesisir pantai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Laporan kejadian itu diterima Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, kira-kira pukul 6 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

Mayat mangsa pertama, Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi berusia sembilan tahun ditemukan kira-kira pukul 6 petang semalam manakala mayat kedua, Nor Najuwa Mohd. Ariffin, 13 tahun, kira-kira pukul 7 petang.

Seorang lagi mangsa, Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ sempat diselamatkan orang awam. – UTUSAN ONLINE

Sempat pegang tangan adik sebelum dipukul ombak – Kakak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker