Nabi pun rujuk pakar ketika sakit – Mufti Perlis

Nabi Muhammad SAW pun merujuk dan menerima pandangan pihak yang pakar dalam bidang perubatan ketika sakit, dan tidak hanya bergantung kepada makanan seperti habfatus sauda untuk sembuh, kata Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Memetik hadis apabila isteri nabi, Aisyah ditanyakan mengenai ilmu perubatannya, Aisyah menjawab dia belajar ilmu tersebut daripada wakil Arab yang datang mengajar bahan-bahan perubatan dan cara membancuhnya, ketika nabi sakit pada akhir hayat baginda.

“Maksudnya, nabi ini menerima perubatan yang dicadangkan oleh ahli perubatan. Nabi tak kata, cukup dengan habatussauda sahaja. Ini konsep yang salah,” katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan semalam.

Malah, kata Asri, nabi juga merujuk sahabat-sahabat yang sakit kepada Al-Harith ibn Kaladah, seorang pakar perubatan yang dikatakan bukan beragama Islam.

“Sebab apa, sebab itu adalah bidang dia. Nabi tidak kata, apalah kamu cari Al-Harith ibn Kaladah, cukup dengan habatussauda sahaja.

“[…] Hatta nabi merujuk kepada ahli apabila sakit. Nabi tidak kata semua makan habatussauda, air zamzam, dengan madu, cukuplah. Kalau tidak, tidaklah berkembang dunia perubatan Islam,” katanya lagi.

Dia mengulas satu komen yang dibacakan moderator, Rizal Ramli, berbunyi:

“Bagi pendapat aku yang bodoh lagi bingai ini, tak ada penyakit jangan cari penyakit. Kalau suntik vaksin boleh bawa kemudaratan walaupun sedikit, kenapa aku nak risikokan diri aku? Aku amalkan apa yang Rasulullah sebutkan sahaja. Alhamdulillah, habatussauda untuk tingkatkan imunisasi”.

Pusat Judi Sg. Buluh, Menteri KDN beri tindakan keras jika polis terlibat

Kata Asri, jenama makanan sunnah kadang-kadang disalahgunakan sehingga akhirnya mengelirukan orang ramai.

Katanya, meskipun pengambilan habatus sauda ada disebut di dalam hadis, tetapi nabi tidak menyebut habatussauda bagi menghadapi mana-mana wabak.

Forum itu mengupas isu Vaksin: Cegah sebelum kalah.

Di media sosial, golongan menolak vaksin banyak yang mempertikaikan pengambilan vaksin Covdi-19, dengan ada yang menyandarkannya kepada teori konspirasi.

Ada pihak yang memilih untuk bergantung pada makanan sunnah sebagai ikhtiar meningkatkan sistem imun badan bagi menghadapi Covid-19, seperti madu dan habatussauda.

Ada juga pihak yang masih mempertikaikan status vaksin Covid-19, dari segi kehalalan bahannya, malah ada yang berpandangan ia mengandungi bahan haram.

Pesan Pengerusi Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Wan Zahidi Wan Teh, umat Islam tidak harus mengmbil mudah soal mengharamkan sesuatu perkara tanpa bukti ia haram.

Mengharamkan sesuatu tanpa bukti, bererti dia mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, dan hukumnya sama dengan perbuatan menghalalkan apa yang haram di sisi Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI pada 3 Dis lepas yang mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.

Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata ada tiga aspek penting penentuan hukum halal dan haram: iaitu dalil al-Quran dan hadis, sumber berunsur najis (seperti haiwan tidak disembelih atau babi), dan sumber daripada bahan yang mendatangkan mudarat.

Katanya, dalam bab vaksin Covid-19 di Malaysia, berdasarkan kenyataan KKM, ketiga-tiga aspek itu tidak dipenuhi, maka penggunaan vaksin tidak boleh diharamkan sewenang-wenang.

Peniaga burger ke Bukit Aman atas dakwaan hina polis

 

Dapatkan pandangan ulama dunia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Zulkifli Mohamad pula berkata dia telah mendapatkan pandangan ulama terkemuka tentang hukum pengambilan vaksin, termasuk Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

Rata-rata mereka, katanya berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar kesihatan bagi memastikan vaksin ini (vaksin Covid-19) selamat dan halal digunakan.

Dia berkongsi satu komen yang dianggapnya sangat menarik mengenai keutamaan maqasid syariah, ketika dia mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh agama berbangsa Arab di pejabatnya.

“Saya tanya, sekarang orang nak sembahyang, nak ibadah, jadi itu hifzuddin (pemeliharaan agama). Sekarang masalahnya, di dalam Covid-19 kita nak jaga hifzunnafs (pemeliharaan jiwa). Kalau ikut tangga hifzuddin nombor satu.

“Kata dia, betul, hifzuddin nombor satu, tapi yang menjaga addin (agama) itu orang, yang mengamal itu orang.

“Ini kaedah yang disebut Imam Ghazali, dan ini juga hujah yang disebut Al-Azhar – satu model yang dianggap masyhur di dunia,” katanya lagi.

Forum itu menampilkan sembilan ahli panel yang terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan, dan dikendalikan Mohd Hariri Mohamad Daud selaku moderator bersama Rizal.

Panel-panel lain ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah; Timbalan Mufti Selangor, Anhar Opir; pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah; timbalan ketua pengarah kesihatan (penyelidikan dan sokongan teknikal), Dr Hishamsham Mohd Ibrahim; serta pendakwa bebas Firdaus Wong Abdullah.

Pusat Judi Sg. Buluh, Menteri KDN beri tindakan keras jika polis terlibat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker