Video murtad: Polis ambil keterangan keluarga

 

JOHOR BAHRU: Polis sudah mengambil keterangan bapa dan kakak kepada lelaki bukan Muslim yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam bukan warga tempatan menerusi satu video tular di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihak berkuasa itu masih mengesan lelaki berusia 29 tahun itu dan pasangannya.



Pada masa sama, katanya, orang awam diminta supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan provokasi, selain memberi pihaknya menjalankan siasatan secara adil dan saksama.

“Jika mengikut keterangan bapa dan kakaknya, suspek sudah lama tidak berada di rumah itu.

“Sama ada dia bersembunyi atau melarikan diri, kita akan dapat tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program



penyerahan 34 pacuan empat roda Toyota Hilux di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Video murtad: Rani Kulup selar Jakim lemah, menteri agama senyap

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.



Ayob Khan turut menasihatkan orang awam supaya tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Tindakan diambil mengikut undang-undang yang ada, jadi jangan keluarkan kenyataan provokasi dan memanaskan lagi keadaan hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.

“Pihak polis akan ambil tindakan tegas tanpa mengira sesiapa pun yang berbuat demikian,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.



Sementara itu, Ayob Khan berkata semua Toyota Hilux bernilai RM5.3 juta itu adalah untuk kegunaan operasi bersama bagi menggantikan kenderaan Land Rover yang sudah dilupuskan.

“Pengagihan kenderaan ini meliputi sebuah di IPK Johor, tiga masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Johor Bahru Utara, Iskandar Puteri, Batu Pahat, Seri Alam, Pontian dan Kota Tinggi.

“Selain itu, masing-masing dua di IPD Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Tangkak dan Mersing,” katanya.

Jangan biarkan murtad



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker