Korban bot karam di Mesir meningkat 14 orang

Gambar Hiasan

KAHERAH: Pasukan penyelamat menjumpai mayat seorang remaja berusia 16 tahun di lokasi kejadian sebuah bot nelayan terbalik di utara Mesir, menjadikan angka kematian setakat ini 14 orang, lapor Agensi Anadolu.

Bot yang membawa 20 penumpang itu termasuk wanita dan kanak-kanak, terbalik pada Isnin malam di Tasik Mariout, di barat Iskandariah, memetik akhbar harian Mesir, Al-Ahram semalam.

Sebelum ini pihak berkuasa menyatakan jumlah kematian seramai 12 orang dan tujuh lagi dilaporkan hilang.

Punca kejadian belum dapat dipastikan tetapi media tempatan melaporkan kebanyakan bot yang menjalankan aktiviti di perairan itu beroperasi tanpa lesen. – BERNAMA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker