LEPAS MARK ADAM – ‘LAILER’ PULA DIPILIH SERTAI GENG HOT FM

 

“Seperti yang kami selalu beritahu, Hot FM sentiasa mencari bakat dan muka baru dalam bidang penyiaran radio. Kami dapat lihat potensi dan komitmen Riena sewaktu dijemput untuk menjadi penyampai jemputan bersama Haziq dan Deen.

“Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun dia pertama kali ke udara sebagai penyampai radio. Selama dua minggu bersiaran sebagai penyampai jemputan, kami juga melihat Riena mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuskan perbualan bersama penyampai lain di udara.

“Riena juga diberi peluang untuk menjalani sesi uji bakat bersama Mark Adam dan Fizie dan dari sesi itu, keserasian mereka wujud dalam masa yang singkat dan ini menguatkan lagi gandingan mereka bertiga untuk terus hiburkan pendengar pendengar. Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana.

“Jadi, kehadiran Riena di dalam GPH bakal memberi perubahan yang besar buat kami,” demikianlah kata Ketua Audiens Melayu Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood yang mengakui pemilihan pelakon Riena Diana sebagai teraju utama Geng Pagi Hot (GPH) menjadi langkah berani buat Hot FM.

Dalam masa sama, Nik Nor Azura memberitahu, trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia satu transformasi besar buat Hot FM.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Riena yang popular menerusi watak ‘Lailer’ dalam drama Kampung People’ di TV3 itu melengkapi trio GPH bermula hari ini. Pelakon ini dipilih mengendalikan segmen GPH bersama Fizie dan Mark Adam setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Sebelum ini, Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal diundang sebagai penyampai jemputan, beberapa minggu lalu. Tambah Riena, bidang penyiaran radio adalah platform terbaik mengasah bakat menjadi artis lebih versatil.

Kehadiran Riena sebagai penyampai radio Hot FM pastinya memberi pengisian lebih segar dan terkini, seiring dengan sasaran pendengar stesen radio berkenaan yang memfokuskan pendengar berusia 15 hingga 29 tahun.

“Saya teruja dipilih menjadi sebahagian warga kerja Hot FM. Ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kerjaya, selain mencabar diri mengetengahkan bakat yang ada. Sejujurnya, kerjaya sebagai penyampai radio sangat mencabar, tetapi saya ambil peluang ini mendalami ilmu penyiaran radio.

Image_3.jpg

“Saya ingin membuktikan saya juga berbakat dalam dunia penyiaran radio dan pengacaraan. Cuma, masih banyak yang perlu dipelajari bagi memastikan kualiti penyampaian pada tahap memuaskan.

“Suara akan didengari oleh pendengar, setiap hari. Ini menjadi pemangkin buat saya untuk terus memperbaiki kelemahan dan menimba ilmu daripada rakan penyampai Hot FM lain. Kepercayaan pendengar juga akan diutamakan,” tuturnya.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonannya, Riena berkata, dia masih aktif berlakon: “Bidang lakonan tetap menjadi keutamaan buat saya. Tetapi, saya kena fokus kepada bidang penyiaran radio bua masa ini memandangkan masih baru dan banyak ilmu perlu ditimba. Saya masih menerima tawaran berlakon.

“Alhamdulillah, syarikat produksi memahami dan memberi saya ruang untuk berlakon. Cuma, saya harus bijak membahagikan masa supaya jadual bersama Hot FM dan lakonan tidak bertembung. Jadi, saya kena memastikan segala jadual lakonan dirancang awal supaya tidak memberi masalah kepada pihak lain,” ujarnya.

Image_4.jpg

“Cepatlah Tukar Nama IG” – Netizen Gesa Shuk Sahar ‘Buang Nama Hot FM’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker