56 kes tipu jual beli laptop di Selangor, KL

KUALA LUMPUR – Menggunakan platform media sosial kononnya untuk menjual komputer riba dengan harga yang lebih murah merupakan modus operandi bagi menjerat mangsa hingga kerugian ribuan ringgit.

Buktinya, sebanyak 56 kes penipuan jual beli komputer riba membabitkan kerugian bernilai RM328,337 telah dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, di Selangor terdapat 51 kes direkodkan pada tahun lalu membabitkan kerugian mencecah RM320,127.



Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati scammer ini beroperasi menerusi media sosial tanpa menggunakan identiti sendiri termasuklah nombor telefon serta nombor akaun bank milik individu lain.

“Di sini suspek akan menawarkan harga lebih rendah berbanding harga pasaran dan disebabkan harga itulah menjadi penyebab utama mangsa terjerat.

“Ini ditambah lagi masyarakat yang sudah mula biasa dengan pembelian dalam talian dan kadang kala kurang berhati-hati hingga menjadi mangsa penipuan.

“Kita percaya suspek mengambil kesempatan ketika tempoh sekatan pergerakan pandemik Covid-19. Malah setiap tawaran dan gambar yang digunakan suspek adalah palsu yang bukannya milik mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.



Tambah Arjunaidi, siasatan juga mendapati kegiatan penipuan ini tidak melibatkan sindiket besar seperti Macau Scam dan sebagainya.

Katanya, masyarakat turut diingatkan supaya menyemak butiran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi pembayaran bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, terdapat lima kes dilaporkan tahun lalu membabitkan kerugian RM8,210.

“Berdasarkan kes yang dilaporkan, suspek dikesan membuat tawaran di media sosial dan barang itu dijual dengan harga murah.



“Mangsa yang bersetuju kemudian akan membuat transaksi wang sebelum suspek gagal dihubungi,” katanya.

Katanya, masyarakat diingatkan jangan melayan iklan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang contohnya tidak mempamerkan tanda harga.

“Sila buat semakan sekiranya barangan yang dijual terlalu murah daripada harga pasaran. Buat semakan di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau pertanyaan di CCID Scam Response Centre di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599,” ujarnya.

56 kes tipu jual beli laptop di Selangor, KL




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang



Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker