Biar Betul!!..Pengguna Google temui ‘hantu badan separuh’
KAHERAH – Seorang pengguna Google Maps di Mesir terkejut apabila melihat bayang-bayang ‘lembaga’ pada waktu siang semasa menggunakan aplikasi peta tersebut.
Bayang-bayang menyerupai seorang lelaki dengan badan terputus dua itu kelihatan di tengah jalan berhampiran sebuah bangunan flat dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
“Ini sangat luar biasa. Saya berjaya mengesan salah satu hantu di dunia ini tetapi malangnya, entiti itu terputus dua,” kata pengguna tersebut dalam komennya di laman Twitter.
Namun begitu, figura pelik itu dikatakan terhasil akibat pantulan cahaya matahari yang mengenai bangunan yang terletak di tepi jalan berkenaan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Google Maps kerap digunakan oleh netizen di seluruh dunia untuk ‘memburu’ entiti seram sebelum gambar-gambar mengenainya disebarkan di media sosial.
Sehingga kini, tidak ada sebarang kepastian sama ada penemuan mereka sahih ataupun sekadar gambar suntingan. – Agensi
Video Yang Buat Ramai Terharu, Remaja ‘Jumpa’ Ibunya Yang Sudah Meninggal Dunia Melalui Google Maps
You must be logged in to post a comment.