[Video] Mira Filzah B4hagia Berkurung Di Rum4h Ketika PKP
Umum mengetahui susulan pel4ksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai sektor terjejas termasuk industri seni sehingga aktiviti hiburan termasuk penggambaran terpaksa ditangguhkan.
Namun bagi pelakon dan pengacara Mira Filzah yang masih dalam fasa pengantin baru, tempoh ‘berkurung’ di rumah merupakan momen terbaik untuknya dan suami, Wan Emir Astar mengenali karakter satu sama lain.
Berkongsikan kemahiran baru sejak berumah tangga, Mira berkata dia kini semakin mahir membuat kek. Mira juga akui dia kini suka mengemas rumah, sebelum ini dia jarang berbuat demikian kerana sibuk dengan kerja.
View this post on Instagram
I think I improve a lot in terms of my baking skill. Sebenarnya kemahiran memasak dan membuat kek ni berbeza. kalau masak lauk-pauk, lebih senang sebab hujung-hujung nanti kita masih boleh adjust rasanya.
“Tapi kalau baking, kalau dah siap kita rasa tak sedap, ia dah tak boleh diubah. Sekarang Mira suka mengemas. Dulu sebelum kahwin, jarang dapat mengemas sebab jadual kerja yang terlalu padat. Berbeza sekarang, Mira belajar untuk lebih organize,” katanya.
Menghabiskan masa sepanjang tempoh PKP dengan memasak, Mira berkata jika sibuk dengan penggambaran dia tidak memasak kerana penat.
“Sebenarnya waktu PKP ni, Mira suka memasak mungkin sebab seharian di rumah. Sebelum ni kalau terikat dengan penggambaran, selalunya Mira takkan masak sebab penat. Jadi sekaranglah masanya untuk memasak selalu supaya skil tu tak dilupakan.
“Memasak ni kan macam latihan. Practice makes perfect. Kalau kita rajin, insyaAllah pasti Mira akan lebih mahir pada masa depan,” katanya.
Ini Respon Zizan Bila Dapat Tahu Mira Filzah Bertunang Dengan Anak Timbalan Menteri