Azeez Rahim kata tiada siapa halang masuk Gaza

Azeez Rahim kata tiada siapa halang masuk Gaza. Ketua Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan bahawa tiada sesiapa yang menghalang kumpulan itu daripada memasuki Gaza bagi tujuan misi kemanusian.

Jelas beliau, mereka mendapat kebenaran untuk memasuki negara berkenaan pada 11 Julai lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana pihak bertanggungjawab bercuti sempena Hari Raya Aidiladha selama 10 hari.

“Pada 9 dan 10 Julai, terdapat cerita bahawa keadaan di Gaza agak goyah, ada sesuatu akan berlaku dalam masa terdekat. Jadi, kerajaan Mesir melalui risikan tidak mahu melepaskan kami kerana risau akan terjadi apa-apa dan tidak boleh keluar.



“Pada 11 Julai, kita dapat kelulusan. Kami boleh masuk bahagian sempadan. Tiada siapa yang halang dan semua berlaku dengan baik. Namun Hari Raya Aidiladha tiba. Mereka cuti sehingga 10 hari.

“Kami buat keputusan untuk pulang. Saya ada Parlimen, saya ada ikatan pasport, saya kena pulangkan. Saya tidak boleh melanggar tarikh pemulangan ini. Bukan tidak dapat masuk sebab ada kes atau UMNO sebagainya. Berita berkaitan Wisma Putra enggan bantu juga fitnah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program bertajuk Misi HM4P: Kisah Sebenar yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online pada Ahad.

Demi Ummah, salinglah memaafkan dan berlapanglah dada



Turut sama, sukarelawan HM4P, Datuk Fathul Bari Mat Jahya manakala Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut Abdul Azeez berkata, pada awalnya, HM4P menfokuskan bantuan kepada Masjid Al-Aqsa yang mengalami kerosakan teruk di tempat wuduk, tandas dan dua klinik roboh serta siaraya akibat serangan bom.

“Justeru, pihak pengurusan Masjid Al-Aqsa menghubungi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi minta bantuan sumbangan dan sebanyak RM828,000 telah diberikan.



“Kami juga pergi keenam kem persekitaran Jordan untuk bantu pelarian daripada Jerusalem dan Gaza yang tinggal di situ. 65 peratus misi kami berjaya. Cuma 35 peratus tertangguh,” ujarnya.

Menurut beliau, terdapat tiga kementerian terlibat dalam memberikan kebenaran kepada HM4P membuat misi kemanusiaan di Palestin iaitu Menteri Luar Negeri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Azeez Rahim kata tiada siapa halang masuk Gaza


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid mahu Menteri Umno letak jawatan jika ordinan darurat dilanjutkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker