BERAT HATI TINGGALKAN ANAK – FAZURA ALAMI ‘SEPARATION ANXIETY’?

“Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.

“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” demikianlah soal pelakon Nur Fazura di laman Instagram.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut merasai perkara yang sama seperti ibu-ibu yang lain yang baru menimang cahaya mata sulung apabila berasa berat hati untuk meninggalkan anak walaupun sekejap.

Dalam entri yang dimuat naik, Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Perkongsian Fazura di Instagrammiliknya pada Ahad mendapat perhatian daripada penyanyi Liza Hanim yang turut memberi tip menguruskan anak sebelum kembali bekerja.

Pernah melalui pengalaman yang sama, Liza memberi nasihat kepada Fazura supaya menggunakan masa sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan dipercayai.

“Sebagai ibu kepada lima orang anak, ini dikatakan separation anxiety, dan ia perkara biasa. Hari pertama saya bekerja selepas tiga bulan berpantang, saya menangis! Masa anak kelima tau.

Image_3.jpg

“Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai.

“Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga… jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan… tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah… harap ini dapat membantu awak,” komen Liza.

Berbalas komen tersebut, pelakon drama ‘Hero Seorang Cinderella’ ini memberitahu dia tetap berasa gementar untuk kembali ke set penggambaran biarpun anaknya kini sudah berusia empat bulan.

Image_4.jpg

Bagaimanapun, aktres berusia 38 tahun ini berharap diberikan kekuatan dan dapat bekerja dalam masa yang sama meluangkan masa dengan anak perempuannya.

“Faz kalau baru melangkah keluar pintu dah rindu anak. Lepas itu, tengok video dia macam berhari tak jumpa padahal baru dua jam. Sekarang pun Fatima dah empat bulan dan kalau nak shoot tu pun selepas raya.

“Tapi, tetap gementar! Insya-Allah… semoga ada kekuatan dan berharap kita dapat bekerja dalam waktu bersama dia juga. Terima kasih sis,” ujar Fazura.

Untuk makluman, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Ada sebab rupanya kenapa Fazura, Fattah Amin tak tunjuk wajah anak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker