Terus Move On Pad4m Gambar, Tindakan Bagus Pemuda Ini Dipuji Hannah Delisha

 

 

Seperti yang kita sudah maklum, 18 Februari lalu ramai jejaka di Malaysia telah mengalami ‘sindrom’ patah hati apabila pelakon cantik manis kelahiran Singapura, Hannah Delisha telah diijabkabulkan bersama dengan pasangannya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib dalam sebuah majlis yang cukup sederhana.

Oleh itu, sehingga kini masih ramai yang masih terkejut dengan berita tersebut serta ada juga yang sedang dalam tempoh move on daripada pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu.

Namun, tindakan seorang jejaka dikenali sebagai Amir Dauz di Twitter ini telah dipuji oleh Hannah sendiri.

Amir telah memuat naik foto yang mana menunjukkan beliau telah memadam semua foto Hannah yang ada di dalam telefon bimbit miliknya sebagai tanda move on selepas majlis pernikahan itu.

Tindakan Amir itu turut mendapat perhatian Hannah sendiri sehingga membuatkan pelakon tersebut memuji perbuatannya itu.

Ramai warganet turut memuji tindakan Amir dan menganggap ia sebagai satu tanda hormat kepada Hannah yang kini sudah memiliki suami.

Harapnya lebih ramai jejaka yang dapat move on daripada Hannah, doakan yang baik-baik untuk rumah tangganya bersama suami okay!

Sumber foto: Twitter dan Instagram Hannah Delisha

Hannah Delisha Muatnaik Status Buat Pertama Kali Selepas 2 Hari Dia Bernikah Dengan Imam Shah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker