Mahathir khuatir kerajaan akan buat persempadanan semula untuk kurangkan pengaruh Melayu

Mahathir khuatir kerajaan akan buat persempadanan semula untuk kurangkan pengaruh Melayu

Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangannya bahawa kerajaan perpaduan mungkin akan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi mengurangkan pengaruh orang Melayu .

Bekas perdana menteri berkata, ia berikutan penguasaan dua pertiga dalam pentadbiran kerajaan perpaduan ketika ini.



“Saya khuatir dengan kedudukan ini (dua pertiga) di mana mereka akan tukar kawasan pilihan raya menjadikan orang Melayu terpencil dan terkurang (kawasan Parlimen).

“Orang lain lebih berpeluang untuk mempengaruhi kerajaan,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau mengulas sejauh mana Umno dapat memperjuangkan nasib Melayu selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya boleh dilakukan menjelang 2026 kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan amalan sedemikian setiap lapan tahun.



Sementara itu, mengulas dakwaan yang mengatakan beliau punca krisis politik di Malaysia, bekas perdana menteri menegaskan tindakannya meletak jawatan pada 2020 selepas tidak lagi mendapat kepercayaan wakil rakyat PH.

“Saya tak faham kenapa orang salahkan saya letak jawatan (perdana menteri), yang patut salahkan ialah orang yang tidak nak sokong pendirian saya.

“Saya minta Bersatu supaya tangguh keputusan jangan keluar tetapi mereka tepuk meja suruh keluar PH sekarang juga seolah menolak saya (sebagai PM),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mendakwa projek monorel Putrajaya sepatutnya boleh siap jika diserahkan kepada swasta sekali gus mengelakkan kerajaan rugi RM797.18 juta seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.



Beliau berkata ada syarikat bersedia mengambil alih projek yang diilhamkannya berkenaan namun tidak diendahkan kerajaan.

“Saya tak faham (tangguh projek monorel Putrajaya pada 2004) setelah kita buat keputusan bangunkannya malah sudah ada jalan untuk monorel tersebut dan jambatan gantung.

“Saya jadi hairan… ada syarikat-syarikat bersedia ambil alih dan mereka akan terus bangunkan monorel itu tetapi pihak kerajaan tidak layan,” katanya.

LKAN 2021 yang didedah kepada umum Khamis lalu mendapati berlaku pembaziran dalam pengurusan pembangunan Putrajaya berjumlah RM812.91 juta, setakat 31 Disember 2021.



Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid dilaporkan berkata pembaziran itu membabitkan penangguhan projek monorel di Putrajaya berjumlah RM797.18 juta termasuk penyenggaraan terowong pengangkutan awam itu bernilai RM2.16 juta. FMT

Mahathir khuatir kerajaan akan buat persempadanan semula untuk kurangkan pengaruh Melayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker