Hannah Delisha Muatnaik Status Buat Pertama Kali Selepas 2 Hari Dia Bernikah Dengan Imam Shah

” Alhamdulillah, kata-kata sahaja tidak mencukupi untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas semua harapan, doa dan sokongan anda semua.”

Itu status pertama ditulis oleh pelakon jelita Hannah Delisha di Insta Story, Instagram beliau selepas dua hari melangsungkan pernikahan dengan jejaka bernama Imam Shah.

Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebelum itu mengej.utkan para peminat di Malaysia dan negara kelahirannya Singapura apabila berkongsi gambar pernikahannya.



” Terima kasih rakan, rakan sekerja, media dan pengikut, terima kasih banyak kerana sangat memahami dan menghorm4ti privasi kami.

” Saya teruja untuk memulakan perjalanan baru ini dan berharap agar sampai ke setiap destinasi bersama-sama dengan ‘sahabat saya’ ini.

” Syukur dan segala puji bagi Allah kerana izinNya ia menjadi kenyataan dan semoga Allah memberkati anda membaca ini dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan.

” Sekali lagi, dari lubuk hati kami, terima kasih.” tulis Hannah.



Terdahulu, Hannah yang selamat diijabkabul dengan Imam yang juga seorang pelakon, disifatkan oleh rakan-rakan sebagai seorang yang sangat berahsia terutama mengenai kisah peribadi.

Siapa sangka, Hannah dan suami sudah 5 tahun menjalin hubungan cinta dan tarikh perkahwinan mereka pada 18 Februari 2021 merupakan hari ulangtahun hubungan mereka.

Dalam pada itu, Hannah memberitahu dia mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu. Kata Hannah, suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.



” Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

” Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar.

” Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak.



” Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya.

” Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

” Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes COVlD-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu.

” Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.



Berwarganegara Singapura dan beragama Islam, Hannah berdar.ah kacukan Inggeris-Melayu. Bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya pula berbangsa Melayu Singapura.

Untuk rekod, Hannah pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama adiknya, Mia Delisha. Kumpulan ini terbit dengan sebuah single berjudul ‘Retak’.

Hannah kemudiannya bergelar penyanyi solo pada 2015 menerusi single ‘Anugerah’ ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact

Ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad merupakan penyanyi era 80-an yang juga dikenali dengan gelaran ‘Kakcik Wujud’ kerana terlibat dengan ahli krew Wujud di mana mereka aktif dalam penerbitan beberapa CD dan DVD ekspedisi realiti sera.m.



Sumber:IG Hannah dan iluminasi

 

“Finally, After 5 Years..,” Pelakon Hannah Delisha ‘Senyap-Senyap’ Bernikah, Pilih Imam Shah Jadi Teman Hidup

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker