Ketulenan emas untuk pelaburan meragukan

 

PETALING JAYA: Mereka yang membeli emas untuk melabur dinasihatkan menyemak status ketulenannya agar tidak menanggung rugi apabila ingin menjualnya kelak.

Sumber perbankan memberitahu Mingguan Malaysia, ini kerana tiada agensi khas yang mengawal selia dan boleh mengesahkan isi padu sebenar emas bar atau keping itu.



“Syarikat itu dakwa emas 916 berat satu gram walhal ada yang letak benda asing dan isi padu sebenar hanya 0.90 gram.

“Malah, adakah sijil pengesahan ketulenan berkenaan dibuat oleh agensi yang bebas dan berkompetensi dari segi peralatan dan kemahiran serta tiada unsur-unsur berkepentingan. Bagaimana peranan semak dan imbang dapat dilakukan jika sijil pembelian emas berkenaan dikeluarkan oleh syarikat yang sama.

“Masyarakat beli emas untuk pelaburan jangka panjang lebih-lebih lagi ketika susah terutamanya kini zaman inflasi. Namun, mereka mungkin terpaksa menanggung kerugian apabila ingin menjualnya kelak,” katanya di sini semalam.

Pelaburan dan simpanan emas dalam bentuk bar atau keping serendah satu gram banyak ditawarkan oleh syarikat-syarikat emas tempatan dengan menjanjikan keuntungan dalam jangka masa panjang.



Namun, pelaburan tersebut sebenarnya meragukan apabila tahap ketulenan tidak dapat dipastikan terutama jika berlaku penjualan panik ketika inflasi.

Menurut sumber itu lagi, kebanyakan pelaburan emas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di negara ini dalam bentuk emas keping atau berdasarkan sekeping sijil sebagai bukti pelaburan.

Katanya, syarikat tempatan menggunakan titik penjualan dengan menguar-menguarkan emas sebagai pelaburan yang meyakinkan kerana kalis inflasi dan harga pasaran emas yang melonjak tinggi.

Menurut sumber, ini berbeza dengan pelaburan emas yang ditawarkan bank melalui secara fizikal atau akaun kerana mengikut harga semasa yang dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan dipantau secara kendiri oleh bank berkenaan serta Bank Negara Malaysia.



Katanya, secara dasar, pelaksanaannya melindungi pembeli termasuk aspek pelaburan dan kecairan aset yang mampu menangani isu berkaitan penjualan panik untuk membeli semula emas-emas yang dijual kepada para pelanggan mereka.

Malah, menurut sumber, kebanyakan premis tidak mahu menerima emas yang dibeli daripada pihak lain memandangkan ketulenannya tidak dapat dipastikan selain jenis gred yang berbeza.

“Kalau ada satu bank muflis, kecairan aset penting dan PIDM ada bagi memastikan pelabur dilindungi. Bayangkan jika berlakunya penjualan panik ketika ekonomi meleset apabila pelanggan dalam satu masa serbu kedai emas yang menawarkan pelaburan untuk tukar kepada duit.

“Namun sebenarnya syarikat tersebut tiada wang tunai yang mencukupi untuk membeli semula emas yang telah dijual kepada pembeli, jadi apa pilihan yang ada kepada pembeli-pembeli emas bagi mendapatkan semula wang pelaburan mereka?



“Malah pembeli perlu tahu sama ada pelaburan emas ditawarkan mengikut  Majlis Fatwa yang menetapkan urusan jual beli emas perlu ada fizikal emas dan mesti berasaskan kepada harga semasa.

“Sekiranya pembeli ini menjual emas keping itu di kedai emas yang lain, belum tentu mereka akan membeli mengikut nilai pasaran semasa kerana mereka pasti ragu-ragu emas itu tulen atau tidak, selain gred yang tidak dapat ditentukan,” katanya.

Sumber berkata, kebanyakan syarikat menawarkan pelaburan ini mempunyai pelbagai cabang perniagaan daripada duit hasil pelaburan emas.

“Jika pelabur nak jual balik emas kepada syarikat itu namun sebenarnya ia tidak mempunyai aset tunai sebenarnya. Di sinilah berlakunya penipuan emas sehinggakan ada kes-kes yang sampai sekarang wang pelaburan mangsa hangus begitu sahaja,” katanya.



Jelas sumber, terdapat penguatkuasaan di negara ini melibatkan premis perniagaan atau pelaburan namun itu bergantung kepada maklumat dan laporan mangsa.

Justeru, tambah sumber, agensi khas yang mengawal selia penjualan dan pelaburan emas perlu ditambah baik bagi melindungi hak pengguna terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker