“Sanggup Hantar Sampai Rumah” – Polis Selamatkan Pakcik Abdul Rahman! Diserang Sesak Nafas Ketika..

Sekumpulan anggota polis daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada diserang sesak nafas.

Perkara itu didedahkan menerusi posting laman Facebook rasmi IPD tersebut.

Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan berlaku ketika sekumpulan anggota menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Tropicana, Petaling Jaya.

“Lelaki terbabit yang menunggang motosikal kemudian ditahan bagi tujuan pemeriksaan biasa.

“Walaubagaimanapun, penunggang motorsikal itu tiba-tiba mengalami sesak nafas ketika hendak berhenti.

“Atas dasar perikemanusiaan, ASP Sukri Ahmad telah mengarahkan anggota yang terlibat dalam sekatan jalan raya bagi membantunya,” katanya kenyataan tersebut.

Difahamkan juga, polis turut menghantar lelaki berkenaan terus ke rumah dengan selamat bagi mengelakkan perkara tidak berkenaan berlaku.

Menurut posting itu, pakcik Abdul Rahman juga sempat mengucapkan terima kasih atas bantuan diberi.

Sementara itu menerusi ruang komen, posting berkenaan telah ‘dihujani’ dengan ucapan tahniah.

Rata-rata mereka memuji kecekapan pihak polis dalam membantu masyarakat walaupun ketika menjalan pemeriksaan jalan.

“One good deed a day..” Semasa sekumpulan anggota polis dari IPD Petaling Jaya sedang menjalankan sekatan jalan raya

GEMPAK

“Macam Ada Tangan Lagi.” -Luah Pakcik Hilang Tangan Dilanggar Treler Kepada Ebit Lew

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker