Dewan Ulamak PAS Bidas Kerajaan PN, Pembukaan premis perjudian calar imej Malaysia negara Islam

PETALING JAYA : Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membantah keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meluluskan pembukaan premis perjudian sebagai tidak membantu memulihkan ekonomi selain mencalar imej Malaysia sebagai negara Islam.

“Kerajaan PN yang… imejnya mendapat sokongan padu khususnya dari kalangan Melayu Muslim, wajar mengambil kira suara bantahan ini, bukan hanya semata-mata (kerana) kepentingan kedudukan politik tetapi ia merupakan tanggungjawab dari sudut perspektif agama,” kata ketua penerangannya Mohd Nor Hamzah.

Selasa lalu,Resort World Genting (Resort World) yang mengendalikan kasino, serta beberapa syarikat nombor ramalan mengumumkan mereka kembali operasi selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan.



Syarikat nombor ramalan terbabit adalah Sports Toto, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai).

Mereka diarah menutup operasi masing-masing sebelum ini sebagai langkah memerangi wabak Covid-19.

Mohd Nor berkata keputusan kerajaan membenarkan industri perjudian beroperasi semula bakal mencalar imej negara Malaysia yang memperuntukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam perlembagaan.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin dibentuk Feb tahun lalu dengan sokongan ahli parlimen PAS, Umno-Barisan Nasional, PPBM dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak.



Siasatan kes ‘sejuk beku’ jenayah komersial dibuka semula, kata KPN

Mohd Nor berkata, keputusan kerajaan PN itu tidak wajar khususnya dalam keadaan rakyat sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

“Pembukaan kembali aktiviti industri perjudian juga hakikatnya bukanlah membantu sektor ekonomi awam. Ia hanya menguntungkan pemilik premis perjudian sahaja.”



Mohd Nor berkata keputusan kerajaan itu akan mengusutkan lagi keadaan “rakyat pada masa kini yang sedang “ikat perut” dan berhadapan dengan isu sumber pendapatan rakyat.

Beliau berkata, Islam sendiri mengharamkan perjudian kerana ia mendatangkan kemudaratan, antaranya, pergaduhan dan permusuhan.

“Malah perjudian secara asasnya tidak diterima oleh mana-mana kaum dan penganut agama sekalipun kalangan bukan Muslim jika difikirkan secara pertimbangan rasional,” kata beliau.

Beliau menyifatkan pengharaman perjudian sebelum ini sebagai “hikmah” memandangkan “perjudian akan melahirkan individu atau masyarakat yang malas berusaha dan hanya bergantung dengan nasib pertaruhan semata-mata.”



‘Sudah sampai masa ada penasihat syariah di setiap agensi kerajaan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker