Kerajaan digesa buka panggung wayang, kapasiti 50% di kawasan PKPB – Lotus Five Star

Seorang pengusaha panggung wayang meminta kerajaan agar membuka semula sektor hiburan itu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan had kehadiran 50 peratus kapasiti tempat.

Pemilik rangkaian Lotus Five Star (LFS) R Doraisingam Pillay berkata bahawa sektor panggung wayang perlu dibenarkan selepas kerajaan membenarkan mesyuarat, majlis perkahwinan dan majlis sosial yang lain di negeri-negeri yang dikuatkuasa PKPB dengan syarat had kehadiran 50 peratus kapasiti premis.

“Saya percaya, sekiranya mesyuarat, majlis perkahwinan dan majlis sosial yang dibenarkan, kerajaan perlu mempertimbangkan membenarkan pembukaan pawagam di negeri-negeri PKPB ini.



“Jumlah kehadiran ke pawagam tidak sebesar seperti ke majlis perkahwinan atau pun kenduri.

“Kami pengusaha pawagam sedia bekerjasama dengan kerajaan dan mengamalkan SOP yang ketat,”

Untuk rekod, pada 16 Februari, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri berkata bahawa Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah di bawah pelaksanaan PKP sebelum ini ditukar kepada PKPB.

Semua panggung wayang GSC, TGV ditutup sementara mulai 2 November



Manakala, Perlis merupakan satu-satunya negeri dalam negara yang berstatus PKP Pemulihan (PKPP), berkuatkuasa mulai tarikh sama.

“Walaupun, panggung tidak dibenarkan, kami perlukan jumlah tenaga kerja tinggi untuk membersihkan kerusi dan lantai. Sekiranya tidak ia rosak akibat tumbuh kulat.

“Peralatan lain seperti projektor, skrin dan pembesar suara juga harus dijaga dengan rapi.



“Selain itu, saya dan pengusaha lain juga telah membayar pendahuluan kepada banyak filem, tetapi tidak dapat ditayangkan. Ada filem dibayar pendahuluan sehingga lebih tiga dahulu.

“Sektor kami sudah lumpuh sepenuhnya. Tapi, kami masih kena mengekalkan pekerja untuk tugas-tugas lain,” katanya sambil menambah bahawa pembukaan semula panggung akan membantu pengusahanya.

LFS merupakan anggota Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) mempunyai 65 panggung di seluruh Malaysia.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker