“Ia menyakitkan..” – Asyik Kena banding dengan Neelofa, Ameera Khan Akui Terasa Dan Sakit Hati
Nama selebriti media sosial, Ameera Khan atau mesra disapa Little Miss Khan (LMK) pasti sudah dikenali ramai apabila sering terpalit dengan pelbagai isu kontroversi sehingga mengundang kecaman netizen.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Media Hiburan, adik kepada usahawan popular Neelofa itu mengakui kadang kala terganggu dengan sesetengah komen negatif yang memenuhi akaun media sosial miliknya.
“Terutamanya apabila mereka membandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan tetapi, saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” jelas gadis berusia 20 tahun itu.
Selain itu, Ameera turut mengkui apa yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bukanlah merujuk kepada gaya hidup sehariannya secara keseluruhan.
“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.
“Hanya dua peratus sahaja apa yang saya tunjukkan di media sosial tetapi ada yang menganggap mereka tahu semuanya.
“Inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” tambahnya lagi.
Ameera Khan menjadi tumpuan beberapa hari kebelakangan ini setelah tampil dengan rambut blonde ala Marilyn Monroe.
Ianya adalah untuk penggambaran, yang mana Ameera Khan mempromosikan produk Young and Glow, The Darling Palette.
Ameera Khan juga kini dalam perancangan untuk melancarkan produk jenama pakaian tersendiri. Selain itu adik kepada Neelofa ini turut ingin melancarkan produk makanan coklat tak lama lagi. Memang pandai berniaga, bagus Ameera, good luck.
Sumber: Media Hiburan
https://mykmu.net/2020/12/12/ingat-tak-pakai-baju-ameera-khan-muat-naik-foto-seksi-ada-yang-samakan-dengan-kim-kardashian/