Kes ‘Tenaga Solar’, pagi ini penentu nasib Datin Rosmah

KUALA LUMPUR: Pagi ini bakal menentukan nasib Datin Seri Rosmah Mansor sama ada mahkamah melepaskan atau memanggil isteri bekas Perdana Menteri itu bagi membela diri atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak.

Pada 10 Februari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Februari iaitu hari ini bagi mendengar keputusan selepas hujahan pihak pendakwaan dan peguam yang mewakili Rosmah.

Pastinya, Kompleks Mahkamah Jalan Duta akan menjadi tumpuan apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menemani isterinya dalam mendengar keputusan itu.



Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara itu ketika memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhammad Shafee memberitahu bahawa anak guamnya mahu menghadiri prosiding mahkamah Rosmah sebelum menghadiri perbicaraannya sendiri yang dijadualkan bermula 9.30 pagi.

Pada 15 November 2018, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Peguam Rosmah tuduh Rizal ‘kebas musang king’ RM5 juta



Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak Holdings) mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini antara Mac dan April 2016.



Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.



Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun lalu.

Rosmah dilihat sebagai bini yang garang, boleh pengaruhi PM – Rizal Mansor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker