TIKTOK ‘BACKUP’ SUAMI – NETIZEN MELUAT DENGAN ISTERI SHUK, SIA-SIA JE KESIAN [VIDEO]

 

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak dan pengacara Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah ada memuat naik video di aplikasi TikTok seakan mempertahankan suaminya.

Dalam video tiktok tersebut, Sera dilihat melakukan ‘miming’ dengan dialog yang seakan-akan ‘memerli’ seseorang. Tindakan Sera itu telah membuatkan netizen meluahkan rasa bengang dan merasakan sia-sia sahaja kesian kepadanya atas apa yang berlaku.

Netizen berkata sebelum ini ramai yang memberikan kata semangat kepadanya susulan kemelut rumah tangganya, namun dia dilihat lebih menangkan suami.



Meskipun video itu hanya gurauan namun netizen berkata mungkin isteri pengacara ‘I Can See Your Voive Malaysia’ itu lupa bahawa dialah yang membongkar hal kecurangan suaminya kepada umum.

Malah, rata-rata netizen seolah sudah meluat dengan drama pasangan itu dan berharap selepas ini dapat selesaikan secara peribadi serta tidak memuat naik aib rumah tangga di media sosial.



Sebelum ini, rumah tangga Shuk dan isterinya hangat diperkatakan beberapa minggu lalu dan ia hangat diperkatakan. Ini selepas isteri Shuk mendedahkan kecurangan suaminya di media sosial sebelum ini.

Namun hubungan pasangan nampaknya sudah kembali berbaik selepas Shuk berjaya memujuk dengan membuat kejutan apabila melakukan live Instagram dimana dia menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi.

Shuk turut juga mengakui dirinya menyesal dengan kesalahan dilakukannya serta berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

 



“Ada Masa Yang Sesuai Nanti Shuk Akan Bercakap” – Shuk Sahar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker