Lawatan ke AS berjaya – Anwar

Anwar Ibrahim berkata lawatan empat harinya ke AS berjaya mengetengahkan pendirian Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada antarabangsa.

Menurut perdana menteri lawatan itu memberi memberi peluang untuknya berkongsi dasar dan aspirasi negara terkait hubungan antarabangsa.

“Ternyata hasilnya baik, ternyata profil antarabangsa kita telah meningkat.

“Lanjutan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat, saya berpeluang berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dalam isu-isu global dan berkepentingan bersama,” tambah Anwar.

Bercakap pada sidang media pada akhir lawatan ke New York untuk menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, Anwar berkata dia menerima begitu banyak permintaan untuk mengadakan pertemuan di luar sesi.

“Terdapat begitu banyak permintaan untuk mesyuarat dua hala, kami tidak dapat menampung kerana kekangan masa.

“Saya gembira profil antarabangsa Malaysia telah meningkat ke kedudukan yang mengagumkan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan itu memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengetengahkan isu-isu antarabangsa seperti konflik Ukraine-Rusia, Islamofobia, perubahan iklim dan masalah di Myanmar.

Semasa di New York, Anwar berkata dia berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin-pemimpin Turkiye, Iraq, Thailand dan Sri Lanka.

Pada masa sama, menurut perdana menteri usaha menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan ke Malaysia terus membuahkan hasil melalui pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi AS.

Anwar telah mengadakan pertemuan dan berinteraksi bersama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhillips dan Kimberly-Clark di Harvard Club.

Pada acara Invest Malaysia New York yang dihadiri para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah AS$40 trilion, Anwar memberi komitmen kerajaan untuk memastikan suasana pelaburan yang kondusif.

Perdana Menteri berkata dia gembira dengan keputusan untuk hadir pada UNGA kali ini walaupun pada awalnya tidak mahu datang kerana pelbagai isu domestik dan kurang yakin akan adanya hasil daripada persidangan itu sendiri.

“Pertama ada isu domestik yang perlu diselesaikan. Banyak perubahan seperti transformasi tenaga, pelan induk perindustrian, Ekonomi Madani, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan juga pilihan raya kecil (PRK).

“Ia sangat berat…mujurlah keadaan jauh lebih baik sekarang,” kata Anwar.

Dia juga memuji kerja keras kakitangan Kedutaan Malaysia di AS dan perwakilan tetap ke PBB, Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam lawatan ini.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker