PAS N9 beri peluang 3 calon bukan Islam mewakili parti

SEREMBAN – Tiga calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP) Negeri Sembilan diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Tiga calon itu ialah P Kumar yang mewakili DUN Bahau, N Sathes Kumar (DUN Mambau) dan S Ragu di DUN Lukut.

Pengerusi Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, ini merupakan kali pertama parti itu menampilkan calon bukan Islam di negeri itu.



“Kita memang sentiasa beri peluang kepada penyokong Pas dalam kalangan bukan Islam. Kebetulan pula kita lihat dari segi komposisi kaum di DUN itu sendiri memang wajar diletakkan calon dari DHPP.

“Kita mempunyai keyakinan mereka boleh melakukan sesuatu malah tak mustahil untuk menang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kesemua calon berkenaan merupakan pimpinan DHPP di peringkat negeri dan sentiasa memberi sokongan kepada parti.

Ketika ditanya kemungkinan DAP akan memainkan isu Pas memilih kaum bukan Islam sebagai calon, Rafie berkata, beliau sudah bersedia dengan naratif tersebut dan yakin ia tidak akan mempengaruhi pengundi.



“Keputusan Pas memilih calon bukan Islam membuktikan Pas tidak rasis dan dalam parti kita ini mereka yang layak wakili kita adalah mereka yang memahami konsep masyarakat berbilang kaum dan sentiasa menunjukkan sikap sederhana.

“Malah mereka juga tidak menentang Islam,” katanya.

Sementara itu Rafie diumumkan sebagai calon DUN Pilah dan beliau bakal bertembung dengan calon gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) yang diwakili Noor Zunita Begum Mohd Ibrahim (PKR).

Rafie merupakan calon Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 namun tewas dalam pertembungan lima penjuru yang menyaksikan kemenangan kepada Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun manakala Noor Zunita pula kali pertama bertanding pilihan raya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?



Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan



Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker