JUE AZIZ TERBABIT KEMALANGAN: “MAAF TAK MAMPU NAK KATA APA, MENGGIGIL”

Pelakon Jue Aziz menerusi ruangan Instagram Story miliknya telah memaklumkan telah terlibat dalam kemalangan semalam.

Dalam status yng dimuat naik, Jue dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi bantuan ketika dia berhadapan kemalangan itu.

Jue juga memohon maaf kerana tidak dapat berkata-kta ketika kemalangan itu kerana sedang menggigil.

“Accident, terima kasih yang beri bantuan tadi, maaf tak mampu nak kata apa, menggigil,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Jue telah dihubungi untuk mengetahui perkembangan dan punca kemalangan tersebut, namun setakat ini, Jue masih belum memberi sebarang respon.

Apa-apa pun, semoga Jue tidak mengalami kecederaan serius dan baik-baik sahaja.

Leave a Reply