Penghantar makanan kantoi edar air ketum

Kajang: Helah lelaki mengedar air ketum menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan terbongkar selepas dia ditahan polis di Taman Sri Timah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Kajang membuat tangkapan terhadap suspek berusia 26 tahun itu di lokasi berkenaan pada 5 petang.

“Pemeriksaan di dalam satu beg penghantaran makanan yang dibawa oleh suspek menemui 23 bungkusan disyaki air ketum, 36 bungkusan daun ketum dan satu plastik daun ketum basah.



“Siasatan awal mendapati suspek berkenaan menjalankan pengedaran air ketum di kawasan Lembah Klang sejak bulan lalu dengan menggunakan kenderaan persendirian.

“Jumlah keseluruhan rampasan air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM487 berkenaan dipercayai boleh dibekalkan kepada 20 hingga 50 individu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati dia negatif dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Februari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.



“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya,” katanya.-HM

Polis bongkar kegiatan petani raih RM60,000 sebulan menjual ketum



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker