PKP di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang hingga 4 Mac

Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 19 Februari hingga 4 Mac ini.

Manakala bagi Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sabah ditukarkan status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perlis pula ditukarkan status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) manakala kerajaan negeri Sarawak turut memaklumkan mengekalkan PKPB bermula 15 Februari hingga 1 Mac ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membentangkan perkara ini menerusi sidang khas Majlis Keselamatan (MKN) dan membentangkan penilaian risiko Covid-19 di negara.

“Secara umumnya KKM memaklumkan kes di kebanyakan negeri menunjukkan trend penurunan iaitu selepas dua minggu pelaksanaan PKP 2.0, trend kes import dan rentas negeri turut menurun bermula 3 Februari lalu.

“Bagaimanapun, kes kekal tinggi di beberapa negeri antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, oleh itu selepas membuat penilaian risiko dan perbincangan pelbagai agensi, sidang khas hari ini bersetuju mengekalkan PKP di negeri terbabit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKPB dan PKPP adalah sama seperti dilaksanakan terdahulu.

“MKN sudah mengeluarkan SOP dan aktiviti yang dibenarkan menerusi laman sesawang mereka,” katanya.-HM

Demi rakyat lanjutkan tempoh moratorium.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker