Dengki dengan keluarga Palestin, rejim Israel paksa roboh kandang ternakan

Rejim Zionis beri alasan kononnya struktur dibina tanpa kebenaran

Pihak berkuasa negara haram Israel bertindak kejam apabila memaksa sebuah keluarga Palestin merobohkan sendiri kandang binatang ternakan milik mereka di Silwan dekat Baitulmaqdis yang diduduki.

Perobohan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keluarga berkenaan kononnya dikenakan bayaran lebih tinggi.

Salah seorang ahli keluarga itu, Omar Seyam yang mengadukan perkara terbabit kepada Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata, beliau terpaksa merobohkan kandang ternakan itu setelah Israel mengeluarkan perintah dengan alasan kononnya struktur berkenaan dibina tanpa kebenaran.

Omar berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pilihan bagi mengelak dikenakan bayaran tidak munasabah kepada Israel.



Kebanyakan warga Palestin di Baitulmaqdis mendakwa bahawa mereka terpaksa membina bangunan tanpa izin disebabkan kebarangkalian mendapatkan permit daripada Israel adalah rendah.

Hal ini kerana tanah mereka didominasi oleh penduduk Israel bagi pembinaan penempatan haram.

Menurut kumpulan hak asasi, hampir 75 peratus permit bangunan yang dimohon oleh warga Palestin ditolak oleh Israel. -Agensi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker