Rider Food Panda ‘Gantung Beg’, Ada Misi Lebih Penting di Mesir… Gambar Bersama Panda🐼 Kenangan Hari Terakhir Kerja Meletup

FOTO suntingan memaparkan seorang rider penghantar makanan bersama seekor panda ternyata mencuri perhatian ramai.

Rider itu, Ahmad Uzair Abd Halim, 22, ketika dihubungi mStar sempat memperincikan semula makna dan simbolik di sebalik penghasilan gambar itu.

Menurut penuntut bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir itu, Ahad lalu menjadi hari terakhir dia melakukan kerja sambilan sebagai rider bagi syarikat Foodpanda.

“Selepas balik ke Malaysia pada April lalu, saya ada buat perkhidmatan fotogra perkahwinan. Saya sekadar nak cari pendapatan tambahan.

“Tapi job wedding banyak cancel, dah tak banyak… kemudian saya beralih jadi rider pada Disember lalu.

“Lama-lama makin seronok, kerja yang santai. Tapi hari Ahad lepas saya dah gantung beg, sebab 16 Februari ini, InsyaAllah saya akan balik ke Mesir,” ujarnya.

Mesra disapa Jai, anak kelahiran Serdang, Kedah itu mengakui foto tular berkenaan merupakan hasil suntingannya sendiri.

Dedahnya, minat ke arah bidang fotogra sudah bercambah sejak dia di bangku sekolah menengah lagi.

“Saya setting kamera dan minta kawan tolong ambil gambar. Simbolik hari terakhir kerja. Saja nak bagi ada kenangan.

“Saya sekadar kongsi di Twitter, terkejut boleh ‘meletup’ macam tu. Tapi Alhamdulillah semua komen positif.

“Rasa seronok juga. Orang makin kenal bakat. Mungkin ramai tak tahu saya selalu buat manipulasi foto

“Saya sebenarnya minat fotogra sejak Tingkatan 4. Saya belajar sendiri, bermula dari bawah.

“Sebelum ni pakai kamera telefon, tahun lepas baru saya beli kamera sendiri,” ujarnya yang dijangka menamatkan pengajian di Mesir dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, dia juga berharap agar Covid-19 di negara ini cepat berakhir.

Dalam perbualan sama, dia sempat menitipkan pesanan kepada mana-mana pelajar di luar sana agar tidak takut untuk mencari kerja sambilan, sebagaimana yang dilakukannya.

“Saya harap Covid-19 cepat berakhir. Kalau kata ada niat nak bekerja sambil belajar, boleh teruskan.

“Sekarang banyak belajar online, mungkin ada masa untuk buat benda lain untuk cari pendapatan. Berniaga online pun boleh,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, foto pelajar itu bersama seekor panda menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.-mSTAR

Leave a Reply