Saya tak pancing orang, saya pancing ikan – Zahid


Saya tak pancing orang, saya pancing ikan.

Itu respon sinikal Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di sebalik kebenaran semula kerajaan kepada aktiviti memancing dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Mungkin ramai tidak tahu, saya juga seorang kaki pancing dan saya mengesahkan saya cuma pancing ikan.

“Saya tidak pancing orang. Pancing ikan guna umpan. Pancing orang guna wang. Tak bagus,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Beliau juga memuatnaik videonya memancing di kawasan parit berdekatan rumahnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga berkongsi kegembiraan selepas kebenaran memancing dibenarkan semula.

“Seronok betul kaki pancing apabila kerajaan umum aktiviti memancing dibenarkan bermula semalam.

“Saya dengar cerita ramai masuk stor sejak kelmarin. Petang umum, malam sudah ‘setting’ mesin, joran, tali siap-siap.

“Almaklum sudah lama tersadai. Takut sangkut-sangkut. Kasi ‘cuci’ untuk ‘high performance’. Baru mantap.

“Apapun hanya kaki pancing sahaja mengerti dan memahami betapa indahnya detik-detik ini,” katanya. MG

Leave a Reply