Mahathir cuba kikis saki baki Islam dalam sistem persekolahan

Fahami agama adalah keperluan, bukan halangan untuk cemerlang bangunkan negara

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat seolah-olah cuba mengikis saki baki Islam yang masih ada dalam sistem persekolahan.

Ini susulan dakwaan bekas Perdana Menteri itu, kononnya tumpuan keterlaluan terhadap Islam di sekolah menyebabkan pelajar Melayu terpinggir dari pendidikan yang diperlukan mereka untuk berjaya.

Walhal hakikatnya, ketika ini asas akidah kepada anak-anak Melayu sebenarnya amat lemah di sekolah kebangsaan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila jam kredit agama terus dipendekkan berbanding tahun-tahun terdahulu.

Sedangkan pengajian Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah sepatutnya perlu ditekan, ditambah dengan nafas baru bukan dikurangkan.

“Oleh itu, sangat membimbangkan jika subjek agama terus menjadi sasaran golongan liberal dan sekularis kononnya untuk membuka mata murid kepada sains dan teknologi.

“Sekularis lebih baik diam, atau mereka akan terus dilihat cuba untuk terus mengikis saki baki Islam yang masih ada dalam sistem persekolahan hari ini,” katanya, ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, pemimpin berusia 96 tahun itu mendakwa, pada masa ini, tumpuan tidak diberikan kepada sains dan teknologi, sebaliknya pengajaran agama dititikberatkan secara keterlaluan ‘seolah-olah setiap murid akan menjadi ulama’.

Moral kanak-kanak turun ke tahap terendah jika sekolah ditangguh lagi, kata pakar

Tun Mahathir juga mendakwa, tumpuan yang diberikan itu melampaui objektif asal pendidikan agama iaitu menerapkan nilai-nilai asas Islam.

“Namun, pada masa ini, mereka sedang menambah waktu pengajaran dan jumlah pelajaran untuk mengajar Islam sehingga melebihi apa yang diperlukan oleh (pelajar) orang Islam biasa.

“Ia seolah-olah setiap pelajar akan menjadi ulama. Ini tentunya bukan tujuan kami,” dakwaya.

Ustaz Omar yang tidak bersetuju dengan dakwaan itu lantas meminta Dr Mahathir Mohamad melihat tindakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz atau sekolah agama swasta kerana kelemahan silibus tauhid dan akidah di sekolah kebangsaan.

“Tidakkah beliau melihat anak-anak kita tidak boleh membaca al-Quran, tidak kenal siapa Nabi dan Rasul mereka apatah lagi mencintainya.

“Bahkan tidak faham di mana kedudukan hadis dalam syariat Islam malah akhirnya menjadi antihadis? Inikah yang beliau mahu?,” soalnya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan bahawa Islam tidak pernah meninggalkan keperluan sains dan teknologi.

Ustaz Omar berpendapat, meskipun pendidikan itu perlu ditekankan, namun tidak wajar pengajaran agama dikurangkan.

“Kita faham itu, tetapi asas agama anak-anak di peringkat rendah dan menengah tidak boleh lagi dipotong malah mesti ditambahbaik.

“Anak saya, belajar di sekolah agama swasta sepanjang sekolah rendah, menghafal al-Quran di awal menengah. Sekarang membuat persediaan bidang ekonomi untuk masuk ke Oxford atau Cambridge.

“Alhamdulillah tiada masalah. Memahami agama adalah keperluan, bukan halangan untuk cemerlang dalam bidang-bidang peradaban untuk membangunkan negara dan ummah di masa depan,” katanya.

Isu pelaksanaan semula PKP dibincangkan di Dewan Rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker