‘Anak manja’ antara ‘serangan’ diterima Neymar di atas padang
LONDON: Neymar meluahkan emosinya di laman sosial dan mendakwa dia ‘sentiasa diserang’ di atas padang selepas diketepikan selama sebulan kerana mengalami kecederaan.
Pemain Brazil itu mengalami kecederaan pangkal paha selepas diasak pada aksi bertemu Caen – siri kecederaan terbarunya sejak berpindah ke ibu kota Perancis itu.
Dia lantang menyuarakan yang pemain lawan sentiasa agresif ke atasnya dan dia meluahkan kemarahannya di laman Instagram selepas tidak berpeluang bertemu bekas kelabnya, Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, minggu depan.
Dalam hantaran terbarunya itu, Neymar berkata dia ‘tidak selesa’ berada di atas padang kerana bimbang mengalami kecederaan dan bercakap mengenai ‘kesedihan’ dengan situasi dialaminya.
“Kesedihan ini begitu hebat, kesakitannya begitu mendalam dan tangisan itu kekal,” katanya.
“Sekali lagi saya terpaksa berhenti daripada melakukan apa yang saya cintai dalam hidup ini iaitu bermain bola sepak.
Tiga bintang PSG positif COVID-19, Neymar dipercayai salah seorang
“Kadangkala saya tidak selesa kerana corak permainan saya, saya suka menggelecek dan akhirnya saya sentiasa diserang.
“Saya tidak tahu jika masalah itu kerana saya atau cara saya bermain di atas padang… ini membuat saya kesedihan.
“Ia menyedihkan apabila mendengar daripada pemain, jurulatih, pengulas atau pemain nombor empat (Caen) ‘dia perlu ditewaskan,’ ‘sentiasa jatuh,’ ‘budak kecil yang suka menangis’, ‘anak manja’ dan sebagainya.’
“Jujurnya, ini menyedihkan saya dan saya tidak tahu berapa lama saya mampu bertahan. Saya hanya mahu bermain bola sepak dengan gembira. Itu sahaja.” katanya. -Agensi
You must be logged in to post a comment.