Pernah Hidup Susah, Isteri Dedah Akaun Atu Zero Tinggal RM50


Baru menyambut ulang tahun perkahwinan kelima dengan pelawak Atu Zero, isterinya, Shafeeqa Johari menerusi satu perkongsian di Instagram mended4hkan mereka sekeluarga pernah hidup susah.

Kata Shafeeqa, ketika itu baki dalam akaun bank Atu hanya tinggal RM50 sahaja namun memilih untuk menyimpan perihal kewangan keluarganya. Shafeeqa mendedahkan perkara itu berikutan ada yang beranggapan hidup sebagai isteri selebriti serba mewah dan tidak perlu bekerja.

“Ada hamba Allah berkata, untunglah awak tak kerja sebab suami artis, mampu sara. Saya jawab (dalam hati) awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami. Mana mungkin saya nak bgtahu awak perihal kewangan keluarga saya,” katanya.

Meskipun mempunyai kelulusan tinggi, namun Shafeeqa berkata dia tidak menyesal dengan pilihannya berhenti kerja untuk menjaga anak-anak.

“Ada hamba Allah berkata, rugilah awak tak kerja. Belajar tinggi-tinggi, kawan-kawan sebaya dengan awak paling-paling busuk dapat 3k sebulan.

“Saya jawab (dalam hati) siapalah yang tak nak duit sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, Shafeeqa berkata suami selalu mengingatkan dirinya supaya sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga atas bahtera perkahwinan yang dibina.

“Selalu dia ingatkan saya supaya selalu bersyukur. Alhamdulillah, kemahuan saya hanya untuk anak-anak, tiada ku minta emas dan harta setinggi gunung, cukuplah suami rajin bekerja. Terima kasih mak dan ayah serta ibu mertua restu perkahwinan kami.

“Ada kami harta 2 orang anak kami selama 5 tahun perkahwinan ini, Insyaallah akan ku jaga harta ini sehingga hujung jiwa ku,” katanya.

Atu dan Shafeeqa mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker