[VIDEO] “OMG! Wife Dia Pun Tak Rela” – Shuk 🔥 HotFM Pujuk Isteri Dengan Hantaran Mahal, Tapi Netizen Perasan Sesuatu!

Selepas tular tentang pergolakan rumahtangga di antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera di media sosial, baru-baru ini pasangan ini sekali lagi mencuri tumpuan bila Shuk tiba-tiba join IG Live Sera dengan lengkap berpakaian pengantin semalam.

Dalam video tersebut, Shuk yang telah meminta izin untuk join live dan membuat prank kononnya ingin berkahwin lain sebelum muncul depan rumah Sera dengan rombongan meminang lengkap dengan hantaran.

Dapat dilihat Shuk telah memberikan beberapa hantaran mahal untuk isterinya sebagai tanda untuk meyakinkan Sera dengan kesungguhan dia untuk memperbaiki hubungan mereka.

Kita bukannya nak memujuk tapi untuk yakinkan you.

Pun begitu, walaupun Sera tak tunjukkan apa yang dia betul-betul rasa dengan kejutan dari Shuk itu, netizen perasan yang isteri penyampai radio ini kelihatan tak selesa dengan kemunculan suaminya itu.

“As you can see, Sera memang tak selesa”

Malah, netizen juga turut tunjukkan dalam keratan video itu, semasa Shuk cuba pegang bahunya, Sera telah mengelak dan menjauhkan diri dari Shuk.

Tak berputus asa, Shuk cuba sekali lagi pegang bahu isterinya tapi Sera tetap cuba jauhkan diri…

Korang boleh tengok sendiri dalam video dekat bawah ni:

Macam yang korang tengok dalam video tu, selepas cubaan pertama Shuk cuba pegang bahu Sera, isterinya ini telah mengelak dan berjalan ke depan sambil mem.eluk tubuh.

Untuk pengetahuan korang, menurut BodyLanguageProject, perbuatan memeluk tubuh ini biasanya dibuat bila seseorang rasa tak selamat atau bersifat mempertahankan diri kerana bila tak nak tunjukkan perasaan sebenar, dorang akan peluk tubuh sendiri untuk tenangkan diri.

Mungkin Sera tak selesa kot Shuk pegang dia masa tengah live untuk promosikan produk. Macam tak manis gitu. Apa pun kita doakan je lah yang terbaik untuk dorang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook MyKMU

Sumber: LM

Leave a Reply