Pisang tak berbuah dua kali: PH sudah, PN rakyat merasa


WARGA maya hari ini memang pandai bercanda. Antara yang lucu daripada mereka ialah syarat yang diletakkan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang mengetuai pentadbiran negara.

Di Facebook, ditulis oleh seorang pengguna akaun yang menggunakan nama Hazarul Taufiq berbunyi begini: “kalau i-sinar tak lulus, tak nak undi.”

Dalam sehari dua ni, diramalkan ‘sesuatu’ yang besar akan berlaku. Apakah? Entahlah kerana tidak ada seorang pun yang mahu menyatakan secara terbuka apakah ‘sesuatu yang besar’ yang akan berlaku.

Dengar-dengar, tak semestinya benar. Kalau tak dengar, jangan pula menyatakan, “itulah..tak mendengar!”

Ramalan atau jangkaan yang dicatatkan di media sosial hari ini menyatakan bahawa mengikut firasat Tun Sri Lanang, beliau merasakan akan berlangsung pilihanraya tidak lama lagi.

Oh! Benarkah firasat wahai Tun Sri Lanang? Sedangkan kalau mengikut perbualan secara langsung dengan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau pernah dikenali sebagai Papa Gomo dalam kalangan pengikut dan pembencinya, rakyat tidak mahu tiga perkara.

Salah satu daripada tiga perkara itu ialah pilihanraya dalam keadaan negara dilanda wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersambung lagi.

Jadi, apa yang dirasakan bahawa pilihanraya akan berlangsung tidak lama lagi adalah sekadar telahan yang dijadikan bahan penulisan atau buah fikiran.

Akan tetapi kenyataan Tun Sri Lanang hari ini adalah berdasarkan apa yang beliau tengok di dalam satu video yang ditularkan.

PPBM sedang mencetak begitu banyak bendera Perikatan Nasional (PN) dan dipersoal oleh Tun Sri Lanang, dari mana dapat duit untuk mencetak?

“Projek direct nego? Entahlah,” kata Tun Sri Lanang yang bagaimanapun tidak memanjangkan persoalan yang dibangkitkannya itu.

Bukan Tun Sri Lanang sahaja yang berfirasat bahawa PKP 2.0 ini akan dilanjutkan sehingga bulan Jun, Julai atau Ogos tetapi rakyat marhaen juga merasakan begitu.

Jadi, apabila sahaja segala persiapan pilihanraya umum dilengkapkan, segala bentuk jentera pilihanraya diperkemaskan dan disediakan, maka kata Tun Sri Lanang, PKP akan ditamatkan.

Sekalipun Parlimen yang digantung hari ini kerana pengisytiharan darurat baru-baru ini, kerajaan yang ada akan membubarkan Parlimen.

“Saya merasakan bahawa tiba-tiba angka Covid-19 akan turun. Bermula sama ada penghujung bulan Mac atau bermula pada April.

“Penurunan angka ini akan diberikan pelbagai alasan kerana hendak memberikan justifikasi bilakah tarikh sebenar untuk pilihanraya umum akan tiba,” kata Tun Sri Lanang di dalam catatan Facebooknya.

Kata Tun Sri Lanang lagi, ini adalah strategi dan jika pihak UMNO Barisan Nasional (BN) tidak boleh menghidunya maka malanglah bagi UMNO BN.

“Tetapi kalau rakyat sayangkan UMNO dan masih ada kepercayaan kepada UMNO maka rakyatlah yang akan mengangkat semula BN dan rakan-rakanya menjadi pentadbiran semula,” kata Tun Sri Lanang.

Tanpa menafikan BN ada membuat salah tetapi begitu juga dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Dalam bertahun lamanya BN memerintah, banyak jasanya kepada rakyat dan negara, kata Tun Sri Lanang.

Pertumbuhan ekonomi yang rancak dan mampan dapat dinikmati ketika zaman pemerintahan BN. Tiada pelaburan yang berpindah randah kerana keadaan politik yang tidak stabil.

“Kestabilan pentadbiran BN memberi banyak manfaat kepada rakyat dan itu tidak boleh dinafikan.

“Rakyat perlu memberikan BN peluang semula untuk mentadbir negara, memerintah negara. Cukuplah bereksperimentasi ini.

“Kita sudah beri peluang kepada dua pentadbiran yang berbeza iaitu PH dan PN. Hasilnya tetap sama. Beri BN peluang memerintah semula dan ia tidak akan mengecewakan,” kata Tun Sri Lanang. SM

“Buruk2” Najib, Beliau Tak Tipu Rakyat Untuk Menang Pilihanraya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker