Persiapan Bersatu hadapi PRU-15. ‘Biaq Pi’ Jangan ambil tahu – Armand Azha



Sebaran :

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Armand Azha Abu Hanifah meminta ahli dan penyokong Umno supaya tidak menghiraukan persiapan Bersatu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 seperti video yang tular di media sosial.

Sebaliknya, kata Armand, Umno perlu memperkukuhkan perpaduan, perdamaian dan penyatuan dalam Umno.

“Pertama bagi saya, kita jangan ambil tahu sangat hal depa (mereka), pasal itu yang mereka mahukan untuk kita viralkan persiapan mereka.



“Kedua kita wajib kuatkan dalaman parti kita semua peringkat baik daripada akar umbi, cawangan , bahagian, negeri dan pusat ke arah pendaiman, penyatuan, pengukuhan dan perpaduan Umno/BN

“Ketiga utamakan dahulu gerak kerja parti kearah PRU-15 daripada pemilihan parti. Kerana PRU-15 amat penting bagi Umno,BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial klip video yang dikatakan memaparkan kerja cetakan baju dan bendera Perikatan Nasional (PN) yang dipercayai sebagai persiapan bagi menghadapi PRU.



Bagaimanapun ada pihak yang mendakwa bahawa video dan gambar tular itu adalah persiapan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sep tahun lalu.

Armand berkata Umno perlu merancang kepada gerak kerja untuk menghadapi PRU-15.

“Biar pi mereka nak buat apa pun, kita kena berikan keutamaan dalam merancang gerak kerja parti ke arah persiapan PRU-15.



“Tak perlu nak sebarkan apa mereka buat, kerana itu yang mereka mahukan. Kita bermula saat ini sebar program-program, kenyataan-kenyataan, gerak kerja dan apa jua yang berkaitan dengan parti kita, itu lebih baik.

“Ini masa yang terbaik buat kita untuk perkukuhkan parti kita. Apa pilihan yang ada di tangan kita sebagai ahli larti? Ke arah kemenangan atau ke arah kekalahan?” katanya lagi.


Sebaran :


Leave a Reply