Covid-19 : 2764 kes baru hari ini dengan 13 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 2,764 kes baru setakat tengah hari tadi.

Ini merupakan angka kes harian terendah sejak 11 Jan.

Sebanyak 2,764 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 248,316 kes.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,758 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 50,841 kes.

“Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 909 kes.



“Terdapat 3,887 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 196,566 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 289 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 9 Februari 2021
Kes sembuh=3,887
Jumlah kes sembuh=196,566 kes
Kes baharu positif=2,764 kes (2,758 tempatan, 6 import)
Jumlah positif=248,316
Kes kematian=13
Jumlah kes kematian=909 kes
Kes dirawat di ICU=289 kes
Bantuan Alat Pernafasan=127



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker