Fitnah Muhyiddin: Kata Dua Buat Puad Zakarshi, Maaf atau Saman

 

ANGGOTA Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal memohon maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Tuntutan permohonan maaf itu dibuat terhadap kenyataan Mohd Puad bahawa Muhyiddin enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi dari Indonesia sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.

“Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh Datuk Mohd. Puad Zakarshi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Muhjyiddin ketika ini menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah.

Perdana Menteri turut dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari Jakarta pada Jumaat lalu dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Fitnah yang dilemparkan oleh Datuk Mohd. Puad Zakarshi adalah berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

“Tindakan undang-undang akan diambil ke atas beliau sekiranya gagal memohon maaf secara terbuka,” katanya.

145 ketua bahagian UMNO tolak kerjasama dengan PPBM? Bukan rahsia lagi, kata Puad

Mohd. Puad dalam satu hantaran terbaharu di Facebooknya menyentuh mengenai kepulangan Perdana Menteri dan petugas yang mengiringi perdana menteri dari Indonesia.

“Tiba tiba sahaja Menteri Kesihatan keluar surat. Semua Menteri balik bertugas dari luar negara tidak perlu kuarantin 10 hari. Mereka terkecuali dari Seksyen 15 Akta 342.

“Benarkah berlaku kekecohan di Airport Subang. Pegawai KKM sudah menunggu untuk urusan kuarantin bila rombongan PM sampai dari Jakarta. Katanya mereka tidak mahu kuarantin 10 hari? Rakyat perlu penjelasan.

“Itu sebab menteri keluar surat arahan baru melalui Warta Persekutuan. Kuarantin cuma 3 hari. Arahan KP Kesihatan di bawah Akta 342 kena “overrule”?

“Kalau tidak mahu dikuarantin, apa perlunya keluar negara. Kalau setakat mahu bincang laluan hijau, elok guna sidang maya sahaja. PKP sudah jadi antara dua darjat?” kata Mohd. Puad.

Warta Kerajaan Persekutuan terbaru di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 menyatakan Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi di luar negara perlu menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan kesihatan orang ramai.

“Tertakluk kepada perenggan 3, Menteri mengecualikan Jemaah Menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta.

“Jemaah Menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai,” kata warta itu.

Warta itu yang ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menyatakan peraturan itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 1 Ogos.-SM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker