Bill Gates Ramal Akan Berlaku 2 Bencana Besar Di Masa Hadapan, Bakal Bunuh Lebih Ramai Orang
Pengasas Microsoft, Bill Gates sering menjadi perhatian orang ramai. Selain daripada pakar dalam bidangnya, beliau juga sering mendapat perhatian terutamanya dalam meramal masa hadapan.
Tidak pasti ini adalah kelebihan atau sememangnya dia ‘sudah tahu’ mengenai sesuatu kejadian sebelum ia sampai ke pengetahuan umum.
Untuk rekod, salah satu ramalan yang dibuatnya pada tahun 2015, di mana dia meramalkan bahawa pandemik akan berlaku di masa depan dan bukannya perang.
Terbaharu, Gates yang berumur 65 tahun telah diundang ke satu rancangan televisyen dan dia mendedahkan bahawa akan terjadi dua bencana besar pada masa akan datang. Bencana ini akan menjadi masalah global sehingga memberi kesan kepada seluruh dunia.
“Salah satunya adalah perubahan iklim. Setiap tahun jumlah kematian akan lebih tinggi berbanding apa yang kita alami semasa wabak ini,” kata Gates ketika ditanya oleh Derek Muller dari channel Veritasium mengenai masalah besar yang akan dihadapi manusia pada masa akan datang.
Ini bukan kali pertama Gates mengemukakan bahawa perubahan iklim akan memberi kesan yang lebih buruk daripada pandemik. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2020, dia juga telah membahaskan isu yang sama di blog peribadinya, Gates Notes.
Bagi pakar, perubahan iklim mempunyai kesan yang sama dengan situasi pandemik. Menurut bahagian Iklim dan Kewangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerosakan pada persekitaran dan ekosistem berpotensi menyebabkan lebih banyak kematian daripada wabak COVID-19.
Selain itu, seorang pakar dalam epidemiologi dari Univeristi Griffith, Dicky Budiman menyatakan bahawa perubahan iklim adalah bukti kegagalan manusia untuk berdamai dengan alam sekitar sehingga meletakkan dunia ke dalam satu era gelap.
Di samping itu, selain daripada perubahan iklim yang bakal memberi kesan kepada kehidupan manusia, Gates juga mendedahkan masalah lain yang berkaitan dengan pandemik, iaitu bio-terorisme.
“Sesuatu yang tidak disukai oleh manusia, bio-terorisme. Seseorang yang ingin menyebabkan kerosakan akan membina virus dan ini bermaksud bayarannya, kemungkinan kesan ini lebih besar daripada apa yang disebabkan oleh wabak seperti yang berlaku hari ini, “kata Bill Gates.
Seperti perubahan iklim, Gates juga telah bercakap mengenai isu ini dalam beberapa wawancara. Para pakar juga telah memperingatkan bahawa bio-terorisme mampu menjadi senjata yang efisien dan mematikan jika ia jatuh di tangan pengganas.
Namun bagi Sucharit Bhakdi, ketua Institut Mikrobiologi Perubatan di Universiti Mainz, beliau mengingatkan bahawa senjata biologi mempunyai kriteria tertentu sehingga mampu untuk memberi ancaman kepada manusia.
“Senjata biologi mesti mempunyai kekuatan menembus, baik secara psikologi dan ekonomi dan ketenteraan,” katanya kepada Deutsche-Welle pada tahun 2005.
Bagaimanapun, ramalan Bill Gates ini datang dalam skop yang besar dan sudah dibahaskan oleh ramai ahli dan saintis. Boleh jadi apa yang dibahaskan oleh Gates adalah dari kertas kajian yang sudah ditulis lama oleh para saintis dan boleh jadi apa yang diberitahu oleh beliau adalah sebagai ingatan bahawa kesan perubahan iklim dan teknologi yang pesat membangun akan membawa manusia ke satu bencana yang lebih besar. Vc
Elon Musk pintas Bill Gates, jadi individu kedua terkaya dunia
You must be logged in to post a comment.