Beli emas, saham langgar peraturan I-SINAR – Prof. Dr Barjoyai

Pengeluaran simpanan i-Sinar tidak sepatutnya digunakan untuk pembelian emas dan saham, memandangkan kerajaan membenarkan pengeluarannya untuk tujuan kecemasan seperti desakan kewangan hari ini.

Pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, golongan T20 yang sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk berbuat demikian boleh dikenakan cukai kerana bercanggah dengan tujuan sebenar i-Sinar.

“Memang melanggar peraturan kerana apabila seseorang itu menyimpan dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), dia dikecualikan daripada cukai ke atas pendapatan yang disimpan itu,” katanya kepada Malaysiakini.



Minggu lalu, kajian dari Pusat Penyelidikan Undian UCSI menunjukkan hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Menurut kajian, kebanyakan mereka yang berbuat demikian dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.

Sementara itu, responden golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun pula meletakkan keutamaan membayar balik pinjaman bagi pengeluaran i-Sinar.

“Sepatutnya dikenakan cukai kepada golongan (T20) tu. Tapi bila dikecualikan cukai kerana sesuatu insentif ni kerana kita mahu galakkan mereka menabung di hari tua dan juga sebagai satu bentuk sumbangan daripada kerajaan untuk benarkan kerajaan menguruskan kewangan mereka.



“Jadi sebab itu dikecualikan cukai. Sepatutnya jumlah itu dicukai. Tapi sekarang dahlah dia tak dicukai kemudian ia digunakan untuk perkara lain pula yang sebenarnya merosakkan program perancangan kewangan untuk pesara,” katanya.

 

Barjoyai (gambar, atas) berkata kumpulan T20 yang mencarum dalam KWSP kerana terpaksa sebagai mematuhi peraturan dalam pekerjaan dan mengeluarkannya kerana ia dibenarkan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Barjoyai berkata meskipun pelaburan dalam emas kerana harganua lebih stabil, tetapi dia menjelaskan pembelian emas untuk tujuan pelaburan bukan yang terbaik buat masa ini.



Ini kerana ia tidak boleh diharapkan untuk pulangan tahunan.

Proses bantuan menyukarkan

Bagaimanapun dia menjelaskan pelaburan hartanah adalah paling selamat untuk jangka masa panjang berbanding emas ataupun saham.

“Keuntungan modal dalam emas adalah kerana kenaikan harga emas dan ia biasanya agak lambat sebab pusingan dalam pasaran emas ini adalah kira-kira 30 tahun pusingannya,” katanya.



Walaupun tujuan pengeluaran KWSP melalui i-Sinar digunakan untuk keperluan terdesak, Barjoyai berpendapat ia tidak wajar dilakukan dikeluarkan terutamanya oleh golongan B40 yang menggunakannya untuk membayar komitmen bulanan.

Dia berkata kerajaan sepatutnya mencari langkah memudahkan proses bantuan sara hidup yang menyukarkan.

“Katalah diberi bantuan sara hidup, tapi prosesnya lama dan berbagai-bagai lagi yang banyak buat ramai keluarga tak kisah benda tu dan mereka lebih rela lapar daripada terpaksa beratur, mengisi borang,” katanya.

Dia mencadangkan, ia sepatutnya boleh dilakukan dengan lebih sistematik dengan mewujudkan satu kaunter di pasar raya atau pasar yang membolehkan individu yang memerlukan mendaftarkan maklumat mereka dan mengambil baucher makanan atau setem makanan.



“Sekarang ini masalah kerajaan mereka mempunyai sumber kewangan yang terhad.

“Jadi pada saya, keutamaan kerajaan memastikan semua orang ada makanan atas meja setiap hari untuk seisi keluarga dan saya rasa itu pun kerajaan tak boleh capai lagi.

“Maknanya, banyak keluarga miskin yang kelaparan setiap hari,” katanya.

Harga barang tidak turun lepas hapus GST antara kegagalan besar PH, kata pakar ekonomi



Harga barang tidak turun lepas hapus GST antara kegagalan besar PH, kata pakar ekonomi

Harga barang tidak turun lepas hapus GST antara kegagalan besar PH, kata pakar ekonomi

Harga barang tidak turun lepas hapus GST antara kegagalan besar PH, kata pakar ekonomi

Harga barang tidak turun lepas hapus GST antara kegagalan besar PH, kata pakar ekonomi

Harga barang tidak turun lepas hapus GST antara kegagalan besar PH, kata pakar ekonomi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker