Trump laksana semula larangan perjalanan negara Islam jika terpilih jadi Presiden

Trump laksana semula larangan perjalanan negara Islam jika terpilih jadi Presiden

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji mahu mengembalikan larangan perjalanan kontroversi yang menyasarkan kebanyakan negara Islam jika beliau dipilih semula menerajui negara itu pada pilihan raya tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang kemuncak tahunan Gabungan Yahudi Republikan di Las Vegas kelmarin.



“Kami akan menjauhkan pengganas Islam radikal dari negara kami

“Anda masih ingat tentang larangan perjalanan? Pada hari pertama saya kembali bertugas saya akan melaksanakan semula larangan itu.” katanya.

Pada permulaan jawatan presidennya pada 2017, Trump mengenakan sekatan menyeluruh terhadap kemasukan pelancong dari Iran, Libya, Somalia, Syria, Yaman, Iraq dan Sudan.

Perintah itu pantas dicabar di mahkamah sebagai diskriminasi terhadap kumpulan agama, tetapi larangan tersebut bersama dengan agenda anti-imigresen Trump sangat popular dalam kalangan penyokongnya.



Presiden, Joe Biden membatalkan larangan itu ketika minggu pertamanya memegang jawatan pada 2021.

Dalam majlis sama, Trump berkata, beliau akan mempertahankan rakan dan sekutu AS di Israel seperti yang belum pernah dilakukan oleh sesiapa.

“Konflik antara Israel dan Hamas adalah pergaduhan antara tamadun dan kekejaman, antara kesopanan dan kebiadaban dan antara kebaikan dan kejahatan,” tambahnya.

Sebelum ini, Trump mendapat perhatian media kerana menyifatkan kumpulan pejuang Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan sebagai sangat bijak dan mengkritik Perdana Israel, Menteri Benjamin Netanyahu.



Dalam pada itu, Bekas Timbalan Presiden, Mike Pence mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menjadi calon pertama mengumumkan menarik diri daripada perlumbaan merebut jawatan Presiden AS pada 2024. Utusan

Trump laksana semula larangan perjalanan negara Islam jika terpilih jadi Presiden

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker