Pasangan kekasih dikompaun RM1,000 kerana rentas daerah

 

Niat sepasang kekasih untuk memadu kasih di Tanjung Dawai, Kedah terbantut selepas dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Pihak polis menahan seorang lelaki berumur 47 tahun dan wanita, 27, pada jam 11.10 pagi ketika pasangan itu sedang berdua-duaan di dalam sebuah kereta di pantai itu.

Kedua-dua mereka dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana melakukan rentas daerah, lapor portal Utusan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata, ketika ditahan, mereka mengaku berbuat demikian kerana bosan berada di rumah dan keluar untuk mengunjungi pantai tersebut.

“Siasatan lanjut, polis mendapati lelaki itu telah menggunakan laluan tikus dari rumahnya di Sik sebelum menjemput pasangannya di Pendang untuk ke Tanjung Dawai.

“Bagaimanapun kecekapan polis yang sentiasa memantau semua laluan telah berjaya mengesan pasangan itu sebelum menahan dan mengeluarkan kompaun kerana kesalahan langgar PKP,” katanya.

PKP 2.0 telah dikenakan selepas lonjakan kes Covid-19 dan dijadualkan berakhir pada 18 Februari

Sementara itu, Adzli menambah, sepanjang pelaksanaan PKP 2.0, sebanyak 203 kompaun telah dikeluarkan.

Antara kesalahan utama ialah tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebanyak 86 kes dan merentas daerah pula 60 kes serta selebihnya tangkapan kerana gagal

mematuhi penjarakan fizikal dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri membabitkan warganegara asing.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker