“Isteri Bukan Sekadar Lampias Nafsu” – Balas Isteri Shuk Bila Dihambur Komen Lucah
Semua sedia maklum mengenai kontroversi yang melanda pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar yang sebelum ini hangat diperkatakan. Shuk bagaimanapun tampil mengakui kesilapan dirinya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram bagi memulihkan keadaan.
Dek kerana kontroversi dakwaan curang tersebut, Shuk dan isterinya iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah menerima pelbagai komen daripada netizen di Instagram. Selain mendoakan agar hubungan pasangan ini kembali jernih, ada juga segelintir netizen yang sanggup melemprkan kata-kata berbaur lucah.
Menerusi Instagram milik Rossalennah atau Sera, seorang pengikut mengingatkan untuk tidak membuka aib suami ketika berselisih faham. Lebih menggelikan, apabila individu tidak bertanggungjawab itu meninggalkan komen ‘kotor’.
“Maaf la abang cakap sikit untuk adik berdua… Shuk lepas ni bini hang merajuk sumbat ja b***** hang dalam mulut dia. Nanti pandai la dia datang balik kat hang. Kalau dia burukkan hang kat Instagram (IG), hang buat ja lagu tu. Dia pun tak boleh hidup tanpa b***** hang. Simpan aib suami baik-baik,” demikianlah tulis individu tersebut.
Komen individu berkenaan telah mendapat respon isteri Shuk yang tampil membidas dengan menyatakan lelaki itu tidak layak untuk berkahwin.
“Maaf ya, perempuan bukan untuk ditindas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar tempias nafsu,” balasnya.
Terdahulu, Sera mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh. Jelas Sera lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.
Susulan isu itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen radio Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).
“Ada Masa Yang Sesuai Nanti Shuk Akan Bercakap” – Shuk Sahar
You must be logged in to post a comment.