Seks luar nikah: Lelaki pengsan sewaktu dihukum sebat 100 kali

ACEH: Seorang lelaki di Aceh, Indonesia yang didapati bersalah melakukan hubungan sulit luar nikah, pengsan sewaktu hukuman sebat 100 kali dijalankan ke atasnya oleh pihak berkuasa daerah, pada Jumaat.

Sepanjang hukuman itu berlangsung, saksi melihat lelaki berkenaan menunjukkan dirinya kesakitan sehingga algojo (tukang pelaksana hukuman) beberapa kali menghentikan turutan sebatannya. – Gambar fail

Portal berita Kompas.com melaporkan, lelaki berkenaan telah jatuh pengsan ketika sebatan yang ke-74 lalu terpaksa diturunkan dai pentas hukuman untuk menerima rawatan daripada pasukan perubatan.

Sepanjang hukuman itu berlangsung, saksi melihat lelaki berkenaan menunjukkan dirinya kesakitan sehingga algojo (tukang pelaksana hukuman) beberapa kali menghentikan turutan sebatannya.

Sementara itu, pasangannya bagi kesalahan itu, selesai menjalani hukuman sebatan sebanyak 100 kali tanpa henti, yang dilakukan oleh dua orang algojo wanita.

Hukuman sebat di kawasan terbuka itu dijalankan di perkarangan Masjid Agung Al Munawarah di Janthoe, Aceh Besar, selepas solat.

Kedua-dua pesalah itu ditangkap se sebuah bengkel di kawasan mukim Simpang Tiga kerana didapati melakukan hubungan seks luar nikah. Pasangan tersebut kemudiannya diserahkan penduduk tempatan kepada pihak polis seterusnya diadili dengan hukuman syariah yang sudah lama berkuat kuasa Aceh.

Sepanjang proses menjalankan hukuman seumpamanya, para petugas menerapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menghindari penularan COVID-19.

Para petugas dan juga orang yang dihukum dilihat mengenakan pelitup muka, sarung tangan dan menjaga jarak.

Sumber: Kompas.com

Pasangan Gay Meraung Disebat 80 kali

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker