Raja Thailand panggil ulama Islam doa ‘tolak COVID-19’, tular tapi tidak benar

SEKITAR dua minggu lalu tular dalam media sosial mendakwa Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida memanggil para ulama Islam negara itu bagi membacakan doa untuk menolak bala virus COVID-19.

Perkara itu ditularkan sehingga ke hari ini menerusi satu klip video berdurasi kira-kira 1 minit 29 saat yang dimuat naik di beberapa aplikasi media sosial seperti di InstagramFacebookTwitter dan YouTube.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak benar.

Video itu sebenarnya menunjukkan Raja Maha Vajiralongkorn dan Ratu Suthida berkenan memberi izin serta mempengerusikan pertandingan membaca al-Quran tahunan pada tahun 2020.

Tangkap layar sebahagian rakaman daripada video berdurasi dua jam yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen ThaiTV2 .

Tangkap layar sebahagian rakaman daripada video berdurasi dua jam yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen ThaiTV2 .

Klip video berkenaan dimuat naik pada 24 Disember 2020 dan mendapat lebih 1.1 juta tontonan.

Berdasarkan pemerhatian, klip video tular itu mempunyai teks yang memaparkan ayat ‘Raja Thailand panggil ulama Islam baca doa tolak bala COVID-10‘ dengan keterangan klip video iaitu ‘Allahuakbar…. Semoga Islam terus bersinar di bumi Thailand… Aaminn.

Hasil pencarian klip video dan kata kunci di enjin carian Google mendapati rakaman itu merupakan sebahagian daripada video berdurasi dua jam yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen ThaiTV2 menerusi saluran YouTube pada 18 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Thailand mencatatkan kes jangkitan COVID-19 terendah sejak jangkitan pertama dilaporkan pada 13 Januari 2020.

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=q6njIg7TwtM[/embedyt]

 

Bagaimanapun, jumlah kes menunjukkan peningkatan pada 21 Disember 2020 selepas wabak itu merebak di Pasar Udang, Wilayah Samut Sakhon.

Berdasarkan data John Hopkins University, sehingga hari ini, Thailand mencatatkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 22,644 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 79 kematian direkodkan.

Saluran YouTube rasmi media kerajaan, Perkhidmatan Penyiaran Nasional Thailand (NBT), turut memuat naik rakaman klip video sama bertarikh 18 Disember 2020 bertajuk ‘Siaran langsung: Lawatan Yang Mulia Raja dan Ratu ke wilayah Pattani‘.

Selain itu, akhbar Thailand berbasaha Inggeris, The Nation turut menerbitkan laporan pada 19 Disember 2020 mengenai program itu dengan tajuk ‘Para Yang Mulia mempengerusikan pertandingan al-Quran‘.-Awani

Selepas penafian Azmin, ‘bahagian 2’ klip video seks disebar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker