Selepas penafian Azmin, ‘bahagian 2’ klip video seks disebar

Share

Individu yang tidak dikenali telah menyebarkan video bahagian kedua yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, petang tadi.

Modus operandi yang sama digunakan dengan beberapa kumpulan Whatsapp diwujudkan dan pelbagai individu, termasuk wartawan, dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan berkenaan.

Dalam salah satu kumpulan, individu itu memuatkan klip dengan menggunakan nama samaran ‘Najib Razak’. Walau bagaimanapun bekas perdana menteri, petang tadi menafikan dirinya bertanggungjawab.

Kumpulan Whatsapp yang dinamakan ‘Azmin Ali bahagian 2/4’, memaklumkan bahawa dua lagi klip akan disebarkan.

Terdahulu, Azmin, yang juga adalah timbalan presiden PKR, menafikan pembabitan dirinya dalam klip video bahagian pertama, yang dikeluarkan kira-kira jam 1.25 pagi, Selasa lalu.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketiga-tiga klip video yang didedahkan pada pagi Selasa lalu itu adalah sepanjang 1 minit dan 35 saat. Klip terbaru yang disebarkan hari ini pula adalah 1 minit dan 29 saat.

Mkini

One thought on “Selepas penafian Azmin, ‘bahagian 2’ klip video seks disebar

  • June 13, 2019 at 1:09 am
    Permalink

    kata puak laknatullah pakatan hancing(ph) ianya haram, negara boleh ditimpa bala sebar fitnah tentang videoseks ni untuk aibkan orang tapi mereka buat & sebar fitnah untuk jatuhkan DSN & BN tak sebut langsung pun tentang haram dapat bala ni…agaknya bala yang dimaksudkan ialah yang empunya diri(azmin) sekarang sedang menerimanya selepas sedap sangat memfitnah orang dulu…kalau azmin tak terasa aib dengan pendedahan videoseks ni maksudnya azmin takde rasa malu…kalau tahu rasa malu, azmin kena letak jawatan berhenti jadi menteri…kalau azmin takde rasa malu maknanya dia bukan orang beriman sebab rasa malu ni merupakan ciri2 & ‘pakaian’ orang beriman

    aku lebih bimbangkan negara akan ditimpa bala dengan adanya 2 pemimpin tertinggi negara terdiri dari kaum nabi lut yang pernah dilaknat…semoga atok 94 tahun sedar akan hal ni, janganlah negara ditimpa bala selepas jawatan PM diserah kepada raja liwat(anwar) sementera protegenya si azmin terus menjadi menteri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *