Uncle ‘penyelamat’

 

Kuala Lumpur: “Kami jarang bertegur sapa walaupun sudah lama berjiran. Disebabkan itu, saya terharu dengan kesungguhannya membantu,” kata ibu dua anak, Nur Syazana Izham.

Nur Syazana, 35, yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memberi reaksi itu ketika diminta mengulas video dimuat naik di halaman penduduk USJ di Facebook (FB).



Menerusi video berdurasi 4 minit 28 saat, kelihatan lelaki iaitu jiran Nur Syazana tidak berputus asa mengalih ampaian pakaiannya ke tempat berbumbung bagi mengelak dibasahi hujan.

Selepas beberapa kali cubaan, usaha lelaki itu akhirnya berhasil.

“Bapa OKU, anak pula curi kerusi roda bapa..” – Uncle Kentang Sebak [ VIDEO ]



Selain kesunggguhan, usaha lelaki berbangsa India itu dipuji warganet kerana mengetepikan perbezaan kaum dan agama kerana semangat kejiranan.

Bercerita lanjut, Nur Syazana berkata, insiden itu berlaku pada 2 Oktober lalu iaitu hari sama dia memuat naik video di FB.

Nur Syazana yang menetap di USJ 12, Subang Jaya menyedarinya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di rumahnya.

“Pada hari itu hujan lebat dan sangka pakaian akan basah kerana ampaian di halaman rumah.



“Namun sebaik tiba di rumah, ampaian itu terletak elok di bawah tempat berbumbung.

“Saya lihat rakaman CCTV untuk tengok siapa alihkan dan pada waktu itu, saya tahu Uncle (panggilan untuk jiran) sebelah rumah yang membantu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia terharu dengan pertolongan jirannya itu kerana sanggup membantunya walaupun mereka tidak rapat dan jarang bersua muka sejak enam tahun berjiran.

Pernah Tidak Mampu Urus Jenazah Bapa, Uncle Kentang Buka Mulut Sebab Mulakan Misi Van Jenazah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker