Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Di TikTok, pelakon, Azhar Sulaiman tampil memberi respons berhubung dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang yang lembut dan pondan.

Dakwaan tersebut timbul apabila Azhar menggelarkan dirinya sebagai ‘Mami’ di media sosial. Tidak berdiam diri, Azhar memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok demi menjelaskan ‘panggilan’ tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik, Azhar yang sedang berada di set penggambaran bertanya kepada pelakon jelita, Ruhainies berhubung panggilan ‘Mami’ serta pendapatnya sama ada dirinya adalah pondan mahupun tidak.

Nampaknya ramai yang tanya kenapa guna gelaran ‘Mami’, pondan ke? Jom kita tanya orang Penang. Ruhainies, is it ok untuk Abang Har guna gelaran Mami?

Menurut Ruhainies, Azhar seorang lelaki yang tulen. Tambahnya, dia sudah menganggap bapa kepada tiga orang cahaya mata itu macam abang sendiri.

Mami tu dia macam kephochi je. Macam makcik bawang, mami jarum la. Jantan tulen lah of course. Dah macam abang saya sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Azhar ketika bertanya soalan tersebut kepada Ruhainies.
Sumber: Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker